JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 16 Oktober 2020

Covid 19 ~ Muhasabah diri ๐Ÿ˜”

 Assalammu’alaikum

*USTAZAH ASMA HARUN*

*COVID-19*

Nyawa manusia saat ini di beberapa buah negara menjadi sangat murah, pesakit telah diletakkan dalam beberapa zon, tiada harapan (lalu dibiarkan), kritikal (icu, ccu penuh), dll.

Tidak mustahil keadaan yang sama boleh berlaku di negara, keluarga atau diri kita. 

Awal tahun 2020 yang begitu menginsafkan, *teguran dan ancaman Allah melalui pelbagai bentuk musibah di seluruh dunia,* semua ini membenarkan firmanNya dan hadis Nabi SAW tentang kita *telah berada di ambang kiamat.* 

*Kiamat kecil yang dekat adalah mati.*

*Firman Allah, Surah Al Anbiyaa', ayat 35,*

*"Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan".*

Persiapan untuk menghadapi musibah ini dan kematian dari *sudut ROHANI,*

1. Taat segala perintah Allah dan tinggalkan larangan Allah. *Hentikan segala maksiat* terangan atau sembunyi, *jagalah lidah masing² kerana itulah anggota badan paling berbisa.*

2. Usaha perbaiki *Solat Fardhu di awal waktu* dan *khusyuk, perbanyakkan solat sunat, taubat nasuha, Istighfar, selawat dengan rasa cinta pada Nabi saw dan berdoa dengan lebih yakin dan khusyuk.*

3. *LELAKI, jadilah anak, suami dan bapa yang bertanggungjawab,*

penyayang, pemaaf dan prihatin. Kita tidak tahu punya masa atau tidak untuk membahagiakan ahli keluarga. Mohon maaf dan *nekadlah ingin berubah jadi soleh dan baik, tiada istilah terlambat selagi masih bernyawa.*

*Tugas terbesar lelaki adalah memastikan masuk SYURGA sekeluarga.*

4. *WANITA, jadilah anak, Isteri dan Ibu yang penyayang, lembut dan pemaaf.*

*Tutuplah aurat dengan sempurna, tinggalkanlah pakaian yang mengikut kehendak nafsu kepada mengikut kehendak Allah swt.* Peringatan bagaimana lagi untuk kita benar² kuat untuk berubah. *Hadiah terbaik seorang wanita adalah dirinya menjadi sebab kebaikan buat seluruh keluarga. jadilah solehah, hidup dan mati akan indah.*


5. *Dan lain-lain amal Soleh* 


Marilah kita *kembali kepada Allah* saat hidup, sebelum kembali kepadaNya saat mati.


*Dialah Allah, Tuhan sekalian alam yang Maha Penyayang, Maha Pengampun dan Maha Pemaaf.*


*Siapapun kita, banyak mana pun dosa, jika ikhlas benar² ingin bertaubat dan berubah Allah pasti akan terima dan menolong kita,,*

hidup menjadi lebih tenang dan senang.


*InsyaAllah, Aamin ya Mujib*


#UAHSahabatDuniaAkhirat


๐Ÿ˜ญDEEP & SANGAT MENJENTIK HATI NURANI ๐Ÿ˜”


#MuhasabahDiri,#

10 ulasan:

  1. moga kita dijauhkan dari covid19 ni kak... sama-sama lah kita tambhakan amalan kita

    BalasPadam
  2. smoga kita dijauhkan dgn jangkitan wabak covid19...tq for sharing

    BalasPadam
  3. PESANAN TERBAIK UNTUK DIJADIKAN PANDUAN HIDUP

    BalasPadam
  4. Terimakasih yatie share peringatan ini.Sepatutnya memang kita perlu muahsabah diri dengan adanya wabak ini.Kehidupan kita pun dah tak sama seperti sebelum...ini hanya sikit kan peringatan dari Allah pada kita insan pendosa ini.

    BalasPadam
  5. Terima kasih atas ingatan..

    2020 bukan setakat wabak covid malah banyak kenangan pahit manis telah kami lalui, biarlah ia jadi sejarah.

    Muhasabah diri

    BalasPadam
  6. Allahu Akbar. Mohon keampunan dan rahmat kepada-Mu ya Allah. Hamba-Mu ini tiada daya melainkan dengan pertolongan-Mu jua.

    BalasPadam
  7. Terima kasih atas pesanan dan perkongsian ini..

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)