JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 18 Januari 2021

Yati... Apa Rawatan Covid 19 Semasa Di Hospital Sg Buloh..

 Assallamualaikum kekawan semua ๐Ÿ˜

Semoga Kita semua berada dlm rahmat Allah SWT Dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya ๐Ÿ˜Š


Bersama Kak Salmiah dr Kg Delek Klang sebelah katil saya DM30 saya DM31, sentiasa ceria Dan baik sangka dlm setiap ujian yg diberi๐Ÿ˜

Ramai yg bertanya apa rawatan Covid 19 yg diberikan. 

Ini adalah aktiviti harian Kami :-

1. 7.30am Kami Akan diambil darah. Selalunya nurse dah maklumkan dlm group wasap, nama² yg doktor nak jumpa.

Sebelum kak salmiah masuk,katil 30 adik nabilah yg duduk, 2 Hari Lepas Tu discaj. Alhamdulillah syukur dah sihat.

2. 8.00am Pula semua pesakit Akan diperiksa BP Dan oksigen. Doktor akan Tanya setiap pesakit apa masalah. Jika Kita ada batuk , Akan diberi ubat batuk, kalau sakit tekak Akan diberi ubat kumur2. Saya masa tu sakit perut gastric, batuk Dan sakit tekak. Doktor bagi ubatan nya. Covid 19 ni Kan Serang mana yg Kita sakit. Tak Ada ubatan khusus utk Covid 19, Ada yg sangka bagi ubat malaria lah.. macam ² andaian, bila dah masuk sini baru tahu yg sebenarnya.

3. 11.00am masa ini jika Ada pesakit yg bermasalah. Doktor akan check 4 jam sekali. Nama² Akan dipanggil oleh nurse. Saya Ada sekali sakit dada Dan oksigen kurang. Doktor akan ambil darah lagi. Selama saya disini , 4 Kali darah diambil Dan sekali utk x-ray.

4. 4.00pm semua orang Akan dipanggil utk check BP, oksigen, gula(bagi yg kencing manis)

5. Jika Dalam ward Tu Ada yg sakit Kami Akan call nurse atau beri tahu diwasap group. Nurse Dan doktor Akan dtg segera. Kalau Kita sendiri nak bertanya boleh PM. Cepat aje dpt jawab. Pants sungguh mereka.

Itulah rawatan yg diberi.

Utk rawatan kendiri. Kami buat seperti berikut :-

1. 7.30-8.00am Kami bersenam, berjalan ke , ikut kemampuan sendiri. Berdiri tempat panas ambil vitamin D.

2. 8.30am Kami sarapan, kekadang Ada yg ambil sarapan sendiri seperti nestum, biskut, oat ke.

3. 9.00 Kami ambil vit C 1000. Ini dibeli sendiri, hospital tak bagi๐Ÿคญ. Ada yg ambil lemon.๐Ÿ‹ Terpulanglah pada mereka. Saya ni Ada gastric jadi kalau nak ambil Lepas makan.

4. 12.00 makan tengahari, kekadang ada yg Oder grab food, tahulah makanan hospital. Tapi saya makan je, Ada sekali Tu saya Minta kakak hantarkan sambal hijau. Adalah selera sikit Kami. Makan sesama.. Alhamdulillah syukur kakak dekat sini. Boleh lah Minta tolong.

5. 3.00pm Ada minum ptg, selalunya rotilah, kekadang adalah dapat bubur kacang, karipap. ๐Ÿ˜

6. 6.00pm Kami makan Malam, nurse kata kena makan utk Ada tenaga. Ye lah kekadang Ada yg tak lalu terpaksa masuk drip air.

4. Selebihnya buat aktiviti sendiri. Saya suka dgn satu mak cik ni. Bagus sangat.. jangan ingat sakit tapi ingatlah Allah.. kerana itu yg disuruh. Mak cik ni buat aktiviti seperti Biasa, pukul 4.00am dah bangun qiamualail.. mengaji, solat sunat.. semua ini ujian buat Kita, semuanya atas izin Allah.. katanya. Cukup 10 Hari kuarantin Kita balik. Dengan izin Allah Kita sembuh. ๐Ÿ˜❤️

Itulah Yang Kami lakukan disini. 

#Allahjagakita
#kitajagakita
#Fikirygbaik-baik.

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️


Hospital telah menghantar mesej pagi ini bahawa virus ini nampaknya menyebar dengan cepat melalui pam petrol sehingga meminta untuk memberitahu semua orang untuk memakai sarung tangan atau menggunakan tuala kertas semasa mengisi dan membuang segera - sila kongsi-terima kasih dari pakar bedah di LGI x
 Kit Perubatan Covid Diperlukan di rumah:

 1. Parasetamol
 2. Betadine untuk ubat kumur dan berkumur
 3. Vitamin C dan D3
 5. B kompleks
 6. Wap + kapsul untuk wap
 7. Oksimeter
 8. Silinder oksigen (untuk kecemasan sahaja)
 9. Latihan Bernafas

 Covid Tiga peringkat:

 1. Covid hanya di hidung - masa pemulihan adalah setengah hari.  (Menghirup wap), vitamin C. Biasanya tidak demam.  Tanpa simptomatik.

 2. Covid di tekak - sakit tekak, waktu pemulihan 1 hari (berkumur air panas, air suam untuk diminum, jika suhu kemudian parasetamol. Vitamin C, Bcomplex. Sekiranya teruk daripada antibiotik.

 3. Covid pada paru-paru - batuk dan sesak nafas 4 hingga 5 hari.  (Vitamin C, B complex, kumur air panas, oksimeter, parasetamol, silinder jika teruk, banyak cecair diperlukan, latihan pernafasan dalam.

Tahap ketika hendak ke hospital:
Pantau tahap oksigen.  Sekiranya ia berada di bawah 92 (normal 98-100) maka anda memerlukan silinder oksigen.  Sekiranya terdapat di rumah, maka tidak ada hospital lain yang mengakui.

 * Tetap sihat, Tetap Selamat! *

Sila hantarkan kepada semua yang ada dalam senarai kenalan anda.  Anda tidak pernah tahu siapa yang boleh membantu.

Nasihat dari rumah sakit pengasingan, kita boleh lakukan di rumah

Ubat yang diambil di hospital pengasingan
  1. Vitamin C-1000
  2. Vitamin E (E)
  3. Dari (10 hingga 11) jam, duduk di bawah sinar matahari selama 15-20 minit.
  4. Makan telur sekali ..
  5. Kami berehat / tidur sekurang-kurangnya 7-8 jam
  6. Kami minum 1.5 liter air setiap hari
  7. Semua makanan mesti hangat (tidak sejuk).

Dan hanya itu yang kami lakukan di hospital untuk menguatkan sistem imun

Perhatikan bahawa pH coronavirus berbeza dari 5.5 hingga 8.5

Oleh itu, yang harus kita lakukan untuk menghilangkan virus adalah dengan mengambil lebih banyak makanan beralkali di atas tahap keasidan virus.

  Seperti :
  Pisang
  Lemon hijau - pH 9,9
  Lemon Kuning - 8.2 pH
  Alpukat - 15.6 pH
  * Bawang putih - pH 13.2
  * Mangga - 8,7 pH
  * Tangerine - 8.5 pH
  * Nanas - 12.7 pH
  * Selada air - 22.7 pH
  * Jeruk - pH 9.2

Bagaimana untuk mengetahui bahawa anda dijangkiti virus korona?

  1. Tekak gatal
  2. Kerongkong kering
  3. Batuk kering
  4. Suhu tinggi
  5. Sesak nafas
  6. Kehilangan bau ...

Dan lemon dengan air suam menghilangkan virus pada awalnya sebelum sampai ke paru-paru ...

Jangan simpan maklumat ini kepada diri sendiri.  Sediakannya kepada semua keluarga dan rakan anda








18 ulasan:

  1. Alhamdulillah, sihat akhirnya ye Ti. Ini satu pengalaman yg sangat berharga tentunya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah syukur..
      Dengan izin Allah SWT Kami sembuh zimah..
      Terima Kasih atas doa kalian semua..
      Mmg pengalaman yg sgt berharga utk muhasabah diri..

      Padam
  2. Assalam kak Yati..baru baca entri ni..akak masuk ke hospital sg buloh? bagaimana keadaan skrg..semoga akak cepat sihat aaminnn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam JM..
      Aamiin YRA ๐Ÿคฒ๐Ÿป❤️
      Ye selama 10 Hari dikuarantin..
      Alhamdulillah syukur dgn izin Allah SWT Kami dikurniakan kesembuhan.

      Padam
  3. dugaan betul ya kak... alhamdulillah diberi kesembuhan
    bila tengok akak punya jadual tu... bukan mudah untuk dilalui, tapi alhamdulillah sistem kesihatan negara kita dah semakin bersedia dalam merewat pesakit covid... terima kasih atas perkongisan kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah syukur...
      Izin Allah SWT Kami sembuh.
      Ye kesian juga dgn frontliner ni..
      Siang mlm bertungkus lumus berkhidmat. Sedih sgt Kami tengok.. dah tak larat ni kak.. kata driver ambulan Tu.. tersandar kepenatan. ๐Ÿ˜” Siap pesan dgn akak, akak kalau pening ckp tau, ketuk cermin ni, Kami bawa laju.. mmg pengalaman yg tidak dpt dilupakan.

      Padam
  4. Syukur Alhamdulillah. Banyak pengalaman sewaktu menerima rawatan. Bagus sungguh rawatan dan layanan dari pihak hospital.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT dgn izin Nya Kami sembuh.

      Padam
  5. Balasan
    1. Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT dgn izin Nya Kami sembuh.

      Padam
  6. ALHAMDULILLAH SEMAKIN SEMBUH IZIN SHARE NI YA TKSH YATI

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin YRA ๐Ÿคฒ๐Ÿป❤️
      Boleh kak paridah utk share.

      Padam
  7. Alhamdulilah walaupun diuji dengan kesakitan namun pengalaman tu amat bererti .Terimakasih kerana berkongsi dengan kami.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT dgn izin Nya Kami sembuh.

      Padam
  8. Alhamdulillah lega sikit baca coretan ini..

    Bab mknn hosp, ketika suami admit di ijn tempohari, saya tukang perabis bubur nasi patient katil sebelah sbb dia dah jemu mkn bnda yg sama.

    Dah dipelawa, apa lagi, makan jelah, menu pula khas untuk pesakit yg ada diabetic, faham2 jelah.. ha3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT dgn izin Nya Kami sembuh.

      Padam
  9. allahuakhbar.. pengalaman sungguh. seram juga saya baca..
    terima kasih berkongsi.. sdikit sbnyak bagi kami gambaran..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT dgn izin Nya Kami sembuh.

      Sama² siti.. ini atas nasihat doktor disini, agar berkongsi semoga bermanfaat buat yg lain.

      Padam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)