JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Sabtu, 14 Oktober 2023

BILA ANAKMU BERTANYA TENTANG PALESTIN

 Assalamualaikum sahabat blog ku sayang๐Ÿฅฐ
Semoga kita berada dalam rahmat Allah SWT๐Ÿ˜
Rindu kenangan solat di Masjidil Aqsa Palestin pd tahun 2019, dah 5 tahun berlalu, terasa ingin kesana lagi๐Ÿฅฐ๐Ÿฅฐ๐Ÿ’–๐Ÿ’ž❤



Apabila anak kita bertanya, 

"Mengapa kita memberikan perhatian kepada PALESTIN dan selalu mengikuti isu semasa di Baitul Maqdis?"


Apa jawapan kita? 


Ceritakan kepada anak kita:

Wahai anakku, sesungguhnya PALESTIN adalah tempat tinggal para Nabi.


๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Nabi kita Ibrahim ุนู„ูŠู‡ ุงู„ุณู„ุงู… hijrah ke PALESTIN.


๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Nabi Lut ุนู„ูŠู‡ ุงู„ุณู„ุงู… diselamatkan oleh Allah dari azab yang turun pada kaumnya menuju bumi yang diberkati, iaitu bumi PALESTIN.


๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Nabi Daud ุนู„ูŠู‡ ุงู„ุณู„ุงู… tinggal di PALESTIN dan membangun mihrabnya.


๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Dan Nabi Sulaiman ุนู„ูŠู‡ ุงู„ุณู„ุงู… memerintah seluruh dunia dari PALESTIN, kisahnya yang popular berkaitan semut yangg berkata, “Hai semut, masuklah ke tempat tinggal kalian.” Tempat yang disebut dengan wadi an-Naml (lembah semut) itu terletak di PALESTIN dekat (‘Athqalan).


๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Di PALESTIN juga, terdapat mihrab Zakaria ุนู„ูŠู‡ ุงู„ุณู„ุงู…, sebagaimana Musa ุนู„ูŠู‡ ุงู„ุณู„ุงู… meminta kaumnya memasuki Bumi Muqaddasah, beliau menamakan dengan al-Muqaddasah, iaitu (suci) dari syirik, dan dijadikan tempat tinggal para Nabi.


๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Banyak mukjizat yang terjadi di dalamnya, di antaranya kelahiran Nabi 'Isa ุนู„ูŠู‡ ุงู„ุณู„ุงู… dari ibunya Maryam, seorang gadis tanpa suami, dan Allah mengangkatnya ketika Bani Israil sepakat untuk membunuhnya.


๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Di PALESTIN, Maryam  menggoyang batang pohon kurma setelah kelahirannya dalam keadaan paling lemahnya wanita.


๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Termasuk tanda-tanda akhir zaman di PALESTIN, Nabi 'Isa ุนู„ูŠู‡ ุงู„ุณู„ุงู… akan turun di menara putih Syria, dan akan membunuh Dajjal di gerbang Lod PALESTIN, serta banyak cerita lain yang pernah terjadi di PALESTIN, di antaranya kisah Talut dan Jalut.


1. Anak kita bertanya: 

“Bagaimana dengan Nabi Muhammad ๏ทบ dan hubungannya dengan PALESTIN?”


Jawab: 

“Dulu kiblat pada awal diperintahkannya solat adalah menghadap ke PALESTIN, dan ketika Nabi hijrah ke Madinah, Malaikat Jibril turun dan baginda sedang solat, Jibril memerintahkan untuk mengubah kiblat dari Baitul Maqdis ke Mekah al-Mukarramah lalu masjid tempat baginda solat dinamakan masjid Dzulqiblatain (dua kiblat).”


๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Demikian juga ketika Rasulullah ๏ทบ melakukan Isra’, baginda pergi ke Baitul Maqdis sebelum Mi’raj ke langit. Inilah terminal pertama baginda berhenti setelah berangkat dari Mekah sebelum menuju ke langit, dan baginda menjadi imam solat para Nabi.


๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu bertanya kepada Rasulullah: “Masjid mana yang pertama kali diletakkan oleh Allah di muka bumi?” Baginda menjawab, “Masjidil Haram.” Aku bertanya lagi, “Kemudian masjid mana?” Baginda menjawab, “Masjidil Aqsa.” Aku bertanya lagi, “Berapa jarak antara keduanya?” Baginda menjawab, “Empat puluh tahun.” Kemudian baginda bersabda, “Di manapun solat menjumpaimu, maka solatlah dan bumi bagi kalian adalah masjid.”


๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ"Wahai anakku, Apakah kamu tahu bahawa Abu Bakar as-Siddiq radhiyallahu 'anhu meskipun sibuk dengan masalah kemurtadan orang-orang Arab di Jazirah Arab dengan menyediakan pasukan untuk memerangi mereka agar kembali kepada Islam yang benar, beliau tidak membatalkan pasukan yang diperintahkan Nabi untuk pergi ke Syam, meskipun memerlukan kekuatan untuk mengembalikan kestabilan Jazirah.


๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Apakah kamu tahu masa keemasan penaklukan Islam di masa Umar al-Faruq radhiyallahu ‘anhu, beliau tidak pernah keluar dari Madinah untuk merayakan penaklukan (pembukaan) negeri kecuali PALESTIN, beliau pergi ke sana sendiri dan membukanya dengan damai, solat di dalamnya dan menerima kunci untuk menyelamatkan orang-orang Nasrani dari penindasan orang-orang Rom saat itu.


๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Kemudian dibuka lagi oleh Salahuddin al-Ayyubi di hari bersejarah tahun 583 H hari Jumaat bertepatan dengan tanggal 27 Rajab, tanggal yang sama dengan malam Mi’rajnya Nabi ke langit melalui Baitul Maqdis. Ini merupakan fakta yang ajaib yang mana Allah memudahkan pengembalian al-Quds kepada pemiliknya sama seperti waktu Isra’ dan Mi’raj."


2. Anak kita bertanya lagi: 

“Kenapa dinamakan dengan Baitul Maqdis?”


Jawab: 

“Nama ini telah ada sebelum turunnya al-Quran, ketika al-Quran diturunkan, ia disebut Masjid al-Aqsa, dan dinamakan Baitul Maqdis kerana kesuciannya yang istimewa.


Oleh kerana itu, tanah PALESTIN dan Syam adalah tanah Ribat, telah syahid di dalamnya 5000 dari kalangan para sahabat mulia, mereka bersemangat untuk membuka Baitul Maqdis dan membebaskannya daripada penindasan Rom. Para syuhada’ masih berguguran sampai hari ini, inilah tanah para syuhada’ dan tanah ribat.”


3. Anak kita berkata: 

"Jadi, pentingnya Masjid al-Aqsa dan bumi Syam seperti pentingnya Haramain, Mekah dan Madinah?”


Jawab: 

“Ya, anakku. Allah ๏ทป mengumpulkan keduanya dalam firman-Nya, *“Demi buah Tin dan buah Zaitun. Dan demi bukit Sinai. Dan demi kota Mekah ini yang aman*.” (At-Tin: 1-3)


๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Ibnu Abbas berkata: "At-Tin adalah negeri Syam, az-Zaitun negeri PALESTIN, bukit Sinai adalah gunung di mana Allah berbicara kepada Musa ุนู„ูŠู‡ ุงู„ุณู„ุงู… di Mesir, dan al-Balad al-Amin adalah Mekah al-Mukarramah."


๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Allah ๏ทป berfirman: “Dan sungguh kami telah tetapkan dalam kitab-kitab setelah dicatat di Lauh Mahfuzh bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hambaku yang soleh.” (Al-Anbiya’: 105)


4. Anak kita berkata: 

“Sekarang saya faham pentingnya PALESTIN dan Masjid al-Aqsa, sebagaimana saya faham bahawa solat di dalamnya dilipatgandakan menjadi 500 kali ganda, apakah ini benar?”


Jawab: 

“Ya nak, itu benar, dan jangan kamu lupakan anak-anak PALESTIN dan penduduknya dari doamu. Semoga Allah memberkatimu nak.”


Footnote: This is not my writing. Credit to the original writer


Semoga Allah sentiasa memberkati, merahmati dan melindungi saudara-saudara kita di PALESTIN.

6 ulasan:

  1. lama betul akak menghilangkan diri, kita doakan moga saudara kita di gaza di lindungi Yang Maha Esa

    BalasPadam
  2. Sedih sangat dengan kejadian2 seperti ini.

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Alhamdulillah beruntung sangat dapat menjejakkan kaki ke masjidil aqsa.. semoga saya juga dapat menjejakkan kaki ke sana jua..

      Padam
    2. Semiga TT juga dpt bersolat di Masjid Al Aqsa

      Padam
  4. Terima kasih Dana,Umialya dan TT meninggalkan komen di blog CH yg semakin suram ni๐Ÿ˜. Moga 2024 ni ada smgt utk berblog kembali๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช insyaAllah

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)