Ini gambar yang kak Nabilah sempat ambil semasa saya menyediakan kuih koci labu. Rajin betul kak Nabilah kalau bab ambil gambar ni..
![]() |
| Adunan tepung koci labu.. saya dah siap rebus macam buat kuih onde-onde tu |
![]() |
| Adunan santan yang dah dimasak |
![]() |
| Letak dalam daun pisang |
![]() |
| Lipat kemas |
![]() |
| Dah siap lipat |
![]() |
| Kukus selama 10 minit |
Bahan untuk adunan kuih koci
300gram tepung pulut
200gram labu puree ( rebus labu, lenyek baru ditimbang)
sedikit garam
sedikit air ( air kena pandai agak-agak, letak sikit-sikit)
Caranya :
1. Didalam bekas adunan, campur tepung pulut, air, isi labu, , dan garam, gaul sebati dan tekstur adunan ini seakan-akan adunan ondeh-ondeh.
Bahan untuk inti
1/2 biji kelapa inti (kelapa yang kulitnye tidak terlalu coklat,tak muda sangat, tak tua sangat)
70gram gula merah
3 sudu besar gula
2 helai daun pandan (disimpul)
sedikit air
1/2 biji kelapa inti (kelapa yang kulitnye tidak terlalu coklat,tak muda sangat, tak tua sangat)
70gram gula merah
3 sudu besar gula
2 helai daun pandan (disimpul)
sedikit air
Caranya:-
1. Di dalam kuali, masukkan kelapa, gula merah, gula, sedikit air dan daun pandan, kacau sehingga semuanya sebati, biarkan gula merah betul-betul menyaluti kelapa parut, kacau selalu dan biarkan inti agak kering. angkat dan sejukkan.

Bahan untuk santan
250ml santan pekat
3 sudu kecil tepung jagung
1/2 cawan air
sedikit garam
Caranya :
1) Masakan santan, air dan tepung jagung sehigga mendidih, letak sedikit garam, lepas tu sejukan.
Cara melipat. ( beberapa pelepah daun pisang yang telah dilayur)
1. Ambil daun pisang yang telah di potong beberapa bahagian, daun pisang, letakkan adunan tepung pulut dan sudukan inti kelapa, buat seperti kuih ondeh-ondeh tu, lepas tu letak santan dantutup kemas. Lipat daun pisang sehingga menjadi bentuk kuih koci, kukus selama 10 ke 15 minit, angkat dan sedia untuk dihidangkan,
Selamat Mencuba.