بارك الله لكما وبارك عليكما
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Baraka Allahu Laku wa Baraka
alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.FBarakallah hu lakuma wa baraka
alikuma
Wa jamaah baina kumnjja fii khair.
 |
| 5 kali lafaz baru berjaya ;-) |
Hampir 2 tahun mak mertua saya meninggal.. baru sekarang bapa mertua saya bertemu jodoh kali kedua... ialah buat peneman di rumahkan. Tambahan anak-anak duduk jauh dari abah.. sekurang-kurangnya ada yang menyediakan makan minumnya, menjaga sakit peningnya dan kawan untuk berbual.. tidak terasa sunyinya...
 |
| Serah mas kahwin :D |
 |
| Sarung cincin pula ;-) |
Gambar kami sekeluarga bersama pak teh, Mak teh, mak angah,pak cik dan mak cik. Semuanya 6 buah kereta pergi menghantar. Majlis bermula selepas solat jumaat, pukul 3 petang tapi pak imam pula tertidur dirumah.. :D penyudahnya pukul 4 petang baru mula ;-))
 |
| Keluarga kami :D |
 |
| Keluarga belah perempuan :) |
 |
Ni hantaran dari kami ... Sirih junjung tu pukul 9 pagi baru saya mula menggubah :D
|
 |
| Dulang biru hantaran dari pihak perempuan ;-)) |
 |
| Kek dari anak pengantin perempuan ... yummy |
Pada hari sabtu sebelum zohor diadakan majlis sambut orang baru ni di rumah bapa mertua saya di Felda Bukit Jalor, Gemenceh, Negeri Sembilan... gambar tiada sebab saya sibuk sangat di dapur dan menghidang makanan, lupa pula nak bagi kamera pada kak Nabilah suruh ambil gambar :D
Saya doakan semoga perkahwinan ini membawa kebahagian di dunia dan akhirat. Ameen