JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Roti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Roti. Papar semua catatan

Rabu, 3 Jun 2015

BREAD ROSE @ ROTI MAWAR KU.. ~_^

Assalamulaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya :)


Buat Bread Rose @ Roti Mawar ku ini pada hari khamis lalu.. masa tu cuti sebab pergi ambil report kad anak2 di sekolah.. petang tu tak tau nak makan apa .. jadi mula lah buat kerja meroti yg tak pernah saya buat seumur hidup..

Alhamdulillah pertama kali saya buat menjadi pulak.. elok naik mekar mengembang bunga mawar ku ini..
Masa buat ni sama-sama dengan najeeha.. bila dah ambil report kad tu boleh terus balik sama dengan ibu .. 
 saya ikut dalam you tube cara-cara nak buat rose tu.. jeeha kata "boleh jadi ke mama"
"ehe.. kita cuba dulu separuh" balas saya..


Bila buat separuh ni dapat lah 10 kuntum bunga bread rose ni.. alamak gambar tak penuh pulak bila dah di fotogrid ni..

Saya guna EZ-Flour ni kekawan.. memang memudahkan kerja saya ni.. hanya perlu tambah air jer.. tengok dalam gambar tu, macam-macam boleh dibuat .. donat, pizza, kek, pau dan cakoi.. nanti nak cuba juga ni :)
Siapa yg hendak Ez-Flour ni boleh pm saya ye :)

RESEPI BREAD ROSE @ ROTI MAWAR

Bahannya :-
200 gram EZ-Flour
140 ml air suam
pewarna merah


Caranya :-
1. Titis kan pewarna dalam air suam .
2. Tuang air suam yg diwarnakan tadi sedikit demi sedikit.
3. Uli sehingga menjadi doh yg lembut. Perap sehingga naik kembang.
4. Kemudian bulat-bulat kan sebanyak 4 doh, mengikut size yg disukai.
5. Lepas tu gelek tepung mengikut bulat kecik, sederhana, besar sikit, dan besar utk dibuat kelopak dan akhir sekali gulungan yg kecil dalamnya letak sedikit nutella tu. Susun memanjang seperti gambar no. 5.
6. Kemudian gulung menjadi seperti gambar no. 6
7. Kemudian potong dua, maka dapat lah dua kuntum bunga seperti gambar no.7.
8. Akhir sekali kukus selama 15 minit..
9. Siap untuk dihidang :)


SELAMAT MENCUBA ^___^