Belasungkawa Azah Aziz...
DIA seorang yang wanita yang pemalu. Setiap butir kata yang terucap di bibirnya penuh kelembutan.
Jelita dan anggun dengan penampilan baju kurung pesak Johor pada kebanyakan masa, di mata kebanyakan orang beliau adalah seorang wanita yang sempurna.
Namun, di sebalik kesantunan wanita berdarah campuran Melayu, Turki dan Arab itu tersemat kekuatan dan keteguhan dalam dirinya yang sukar digugat oleh sesiapa.
Sharifah Azah Mohamed Alsagoff bukan hanya figura yang disegani dalam bidang budayawan, malah sejarah panjang hidupnya memberikan impak luar biasa dalam bidang kewartawanan negara.
Kehebatan itulah membuatkan permaisuri dalam hidup tokoh akademik tersohor negara, Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid, itu sentiasa memukau ramai bak sebutir permata yang bersinar.
Namun semalam, wanita yang lebih dikenali sebagai Azah Aziz menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 84 tahun. Beliau yang meninggal dunia akibat sakit tua dan angin ahmar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Pemergiaan ibu kepada Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz itu bukan sahaja mengejutkan, bahkan ditangisi ramai. Negara kehilangan wanita yang selama ini begitu teguh mempertahankan nilai budaya agar tidak dimamah zaman. Cerita seterusnya boleh baca disini Rencana utama Azah Aziz
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang solehah. Al fatehah.
saya sangat kagum dengan keluarga beliau. Al-Fatihah..
BalasPadamYe As, keluarga yang hebat... Ungku Aziz pun dah berusia 93 tahun...
Padam