JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 29 Januari 2013

Mee Hoon Goreng Tomyam

Assalamualaikum semua.. kembali bersiaran setelah tiga hari balik kg saya di Kuang Rawang, seronok anak2 bila balik kg kuang ni sebab sepupu ramai.. adik beradik saya pun ramai 9 orang dengan cucu emak seramai 35 orang dan 1 orang cicit memanglah riuh rendah rumah emak dibuatnya..

Pagi tu kami masak mee hoon tomyam sebelum balik rumah emak petang sabtu tu sebab nak tunggu baju  dan kasut sekolah kering baru senang hati balik kg kan... :D

Dah sarapan pagi ke semua.. kalau belum jom cuba buat mee goreng tomyam ni memang sedap.. 


Resepi saya ambil di Blog Cute Oven, Small Kitchen.. si cantik manis Nazd tu.. menggoda tengok mee hoon tomyam nazd tempohari tu yg teringin nak cuba.. :D Akak mohon share resepi ye Nazd.. :))

RESEPI MEE HOON GORENG TOM YAM











Bahan-bahan :
  • 1/2 bungkus bihun (200 gm)- rendam hingga lembut dan toskan
  • 4 biji bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 sudu besar udang kering - direndam seketika dan toskan* (* ditumbuk)
  • 4 biji cili padi (boleh adjust ikut tahap kepedasan yang diingini) - ditumbuk atau diketuk sahaja*
  • Sedikit isi ayam yang dipotong dadu atau daging lembu yang dihiris nipis
  • 2 sudu besar tom yam paste ATAU 1 kiub tom yam
  • 2 batang serai - diketuk
  • 4 helai daun limau purut - dicarik
  • 1/2 batang lobak merah - dipotong memanjang dan nipis
  • 1/2 cawan air
  • Garam dan sedikit gula
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk dan juga serai hingga naik baunya.
  2. Masukkan daging atau isi ayam dan biar seketika.
  3. Masukkan pes tom yam, lobak merah dan daun limau putut. Kacau rata.
  4. Masukkan air, garam dan gula dan gaul rata. Kemudian masukkan bihun dan gaul sebati.
  5. Tutup api dapur dan boleh dihidangkan.

Jom cuba kekawan ... :D







12 ulasan:

  1. He3 teringt mehun goreng old town gini la rupanyer... Bole bukak kedai gini...

    BalasPadam
  2. Sedap bihun goreng tu! nti boleh cuba buat..
    Kak. belah suami sy pun ramai.. adik beradik hubby dh 10 org..cucu dah lebih 40 org.. meriah sgt bila balik kg..kdg siap tumpang tido umah mak ngah pak ngah..hehe...
    apa pun seronok kan?..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila dah ramai macam tu lah Atie .. dari ruang tamu sampai ke dapur penuh hahaha :D

      Padam
  3. sedap tu kak yati......yan seminggu sekali mesti buat mihun tom yam nie.....budak2 kat rumah suka.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak pertama kali cuba Yan... kakak 2 orang tu suka... tapi nabil pulak kata "nak ada kuah" hehehe :D

      Padam
  4. Waaa...sedapnyaaa... gee suka mkn meehoon dgn keropok goreng... best kan!?

    BalasPadam
  5. dah cuba memang kegemaran anak2.. entahler mula cam pelikje rnak buat .. dah buat sedapneyr...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mula2 pun akak rasa macam tu.. bila try buat sedap lah pulak :D

      Padam
  6. kekadang masak bihun goreng tak jadi juga ha..ha..(lembik tau keras)...
    dapat rasa bihun tomyam sedapnya.....

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)