Projek buat biskut kacang mazola ni dengan Najeeha masa hari sabtu baru ni... kak nabilah sekolah ganti pagi dan jeeha sekolah ganti petang, lepas hantar kak nabilah terus buat projek ni. Najeeha tolong mama sapukan kuning telur dan letak kacang, mama pula tukang terapnya, Nabil pula tukang curi kacang masuk dalam mulut.. menjerit kak Jeeha marahkan dia ehe :D
Ni lah hasil kerja kak jeeha sebelum di bakar |
Selepas dibakar maka dapatlah kuih ni satu balang kecil |
Saya buat setengah adunan ajer sebab nak takut tak sempat nak habis bakar, nak hantar dia orang sekolahkan.. |
BISKUT KACANG MAZOLA
Bahannya :-
- 300 gram kacang tanah ( timbang selepas disangai dan dibuat kulitnya)
- 300 gram tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- 1/2 sudu teh garam (ini saya tambah)
- Minyak mazola secukupnya
Caranya :-
- Kacang tanah disangai sehingga kuning, kemudian kisar sederhana atau lumat sedikit, ( saya suka bila makan ada rangup kacang tu)
- Campurkan semua bahan diatas, gaul rata, kemudian masukan minyak mazola sedikit-sedikit, uli sehingga dia menjadi doh yg boleh diterap, jgn masuk byk2 nanti tercair pula.
- Bakar dalam oven suhu 130 darjah, (ikut kesesuai oven anda, saya mula ikut suhu asal sudahnya rentung sikit telur kuning tu, lepas tu kali kedua saya tukar kepada suhu 100 darjah) Bakar selama 15-20 minit atau sehingga masak.
p/s Dah habis setengah balang dimakan oleh budak bertiga, yg mula-mula makan tentulah si Nabil... mama sedapnya kuih ni... buat kak Jeeha terliur jer masa tu :D
Salam Kak..
BalasPadamwah start projek biskut raya ker? sy ni apa pun tak beli lagi bahan buat kuih...hehe
Baru buat sikit2 Atie ;)
PadamSuke2x...
BalasPadamEhe ;)
Padamwahhhhhh da start membakar kuih ni... mesti harum semerbak jer rumah masa tu kan...
BalasPadamBetul lia, satu rumah bau kuih tu :D
Padamsuka biskut kacang. bestnya da mula buat cookies. sy brg pun lum beli sebab tak tau nak buat kuih apa
BalasPadamMeh cuba buat biskut ni fazian.. mudah jer tu ;)
Padamcomel bentuk bunga mazola akak... kita punya bulat bulat je.. =)
BalasPadamAcuan pilihan Jeeha tu Kella, senang nak mkn katanya.. sekali ngap jer mama :p
Padamdh mula buat biskut ke???? huhuhu..jeles2X.....
BalasPadamBiskut mudah jer NzA... ;)
Padamawalnya buat biskut... biskut puasa ke, biskut raya tu? hehehhe
BalasPadamwahhh...dah buat biskut rupanya...
BalasPadamDulu2 mmng suka buat biskut kacang mazola ni..tapi sekarang ni semuanya main tunjuk jer...
Dah lama x buat biskut ni...sejak kawin mmg tinggal langsung resepi mazola...tp ayah kita suke..
BalasPadamwahh.. dah mood nak raya, mood nak buat kuih dah mari dah...
BalasPadam