Hari ahad tempohari pergi pasar tani stadium shah alam, nabil pesan suruh beli sup tulang, yang nabilah pula minta sup tulang gearbox, baru teringat bulan puasa mana ada jual sup yg dah masak, ye tak ye kena lah saya membelinya bagi menunaikan hajat mereka.
Nabil kalau bab sup memang suka tengok dia makan, yg pasti sampai tertonggeng mangkuk tu menghirup kuah sup tu, hari tu saya iftar mee hoon sup tulang gearbox ni, anak beranak dengan jayanya termasuk dengan en suami yang tak sedar diri... terawikh dirumah jer malam tu hahaha..
Satu periuk ni saya masak sup tulang, semuanya ada empat ketul tulang, seorang satu ambil hirup tulang tu guna straw..
Buah pulak saya beli pisang lemak manis, pisang berangan dan kurma masak kuning tu. Nabil punya suka lebih 5 biji dia makan kurma, habis kurma tu kami anak beranak, sekali hadap jer.... pisang tu yg sampai 3 hari baru habis :D
RESEPI SUP GEAR BOX
Bahannya:
- Tulang Gear-Box *atau tulang bahagian lain lembu*
- halia 2 inci diketuk
- bawang puteh 3 ulas diketuk
- 2 bungkus sup bunjut
- rempah 4 sekawan: buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang
- bawang goreng
- sehiris perahan limau nipis
- daun sup
- Rebus tulang sampai empuk(tips nak cepat empuk masukan biji kurma, insyaallah empuk, 2 jam dah empuk)
- Masukkan sup bunjut, rempah sup, halia dan bawang puteh. Teruskan memasak menggunakan api yang kecil.
- Sementara itu buat bawang goreng, angkat.
- Keluarkan minyak biar tinggal sedikit sahaja, kemudian goreng rempah 4 sekawan. Tutup api.
- Masukkan rempah 4 sekawan yang digoreng bersekali dengan minyak yang melekat di kuali itu ke dalam periuk rebusan tulang di dapur satu lagi.
- Perasakan dengan garam, masukkan sedikit bawang goreng, tutup periuk dan tutup api dapur.
- Panaskan balik sup sebelum mula menghidang.
- Dalam mangkuk besar, perahkan air asam limau nipis dan taburkan daun sup serta bawang goreng selebihnya di atas sup gear box tu....
- Pergghhh sedapnya hingga menjilat mankuk hahaha
sedapnya. Rajin akak masak ye. Sy br tau ada petua letak biji kurma utk cepat lembut daging. Boleh cuba la nanti.
BalasPadamLama tak makan sup tulang ni Kak..
BalasPadamsllu makan pun kat kedai..hehe...
memang confirm sedap kalo cenggitu gaya nabil..hehe
BalasPadamgaya nabil tu mmg boleh buat model sup tulang.... comel!
BalasPadamacik baru je sebut nak beli he he..kat pasar ramadhan tempat acik ada jual sup,..kalau nak masak sendiri kena tunggu hari cuti
BalasPadamnyum..nyum..nyum....sedapnya..mmg xpuas mkn sup gearbox nie ttp kolestrol mmg tinggi.
BalasPadamdah lame tak makan gear box.... sedapnye
BalasPadamJemput sertai : Contest Blogger Jejaka Jambu. Hadiah Power Bank bakal menanti anda...
Nak buat jugaklah....tengok gaya Nabil hirup kuah sup tu..mmng terbaik punya..
BalasPadamJarang sangatlah OKje beli tulang ni CH...kononnya jaga darah hehe
BalasPadamsedap nya nabil... nak cuba laa
BalasPadamsalam kenal..kat rmh saya pun ada lagi gear box raya haji baru ini. bercadang nak buat esok. Tengah hari makan dgn nasi, ptg pula jadikan mee hoon sup gear box.
BalasPadamMaaf nak tanya.... Kurma tu sekali dengan isi ke bijinya sahaja? ;)
BalasPadamMasuk biji kurma aje Kathy
Padamsdp sgt..my family suke sup2 nie,tq ye=)
BalasPadam