JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 3 September 2013

LASAGNA AYAM ^___^

Pada hari ahad tu hari sempatlah singgah ke Mydin Subang Jaya, masa tu nak pergi open house di rumah Sabrina di Subang jaya... dalam dok mencari air jus Jambu yg en suami nak, Kak Nabilah ternampak Lasagna segera ni... beriye dia suruh beli, sebenarnya dah banyak kali dia request pada saya suruh buat lasagna ni tapi mama tak berkesempatan nak buat so layan jer lah ....

 Brand Thalia dan yg pengting ada tanda halal tu :)

 Ini besar isi dalam tu boleh lah merasa sikit sorang...

 Dah siap di masak dalam microwive selama lapan minit...

Clouseup sikit, rasanya boleh lah tahan

Bila dah rasa ni teinginlah nak buat sendiri, hari tu kak noor blog BICARA KAK NOOR ada buat lasagna ni, jadi saya copy paste dari blog kak noor... mohon izinkan ye kak noor... harap ada kerajinan saya membuatnya...

LASAGNA AYAM
Bahannya :-
1 bungkus lasagna kering 225 gm
1 s/b marjerin/mentega
½ s/k garam Air secukupnya , untuk merebus (kalau beli lasagna instant pun, lebih baik rebus dulu walaupun ditulis 'no precook required'..tp kalau tak nak rebus jugak, sos lasagna kenalah cair. tak boleh pekat) 
125 gm mozarella cheese ~ diparut halus



Bahan2 Sos Daging2 s/b marjerin/mentega 
2 biji Bawang Putih, cincang halus
1 biji Bawang Bombay, cincang halus
500 gm ayam cincang 

250 gm Tomato, kupas, parut (Tqah guna 3 biji ~ just potong2 & terus blend dlm blender basah tanpa air.. tak parut pun, boleh juga guna "diced tomato" dalam tin)
300 gm Sos Tomato dlm botol 

100 cc Air (tqah guna setengah cawan)
3 blok kiub maggi ayam
1 s/k Oregano serbuk (tqah tak letak pun)
½ s/k Garam,
½ s/b Gula pasir

Akak tak guna tomato sos tapi menggunakan cili sos heee derhaka sikit 


Bahan2 Sos Putih50 gm marjerin/mentega (tak timbang pun.. bubuh dlm 3 sudu besar)
50 gm Tepung gandum ~ bancuh jadikan pes likat dengan sedikit air (dalam 3 sudu besar jugak)
400 cc Susu Cair Evaporated (Tqah guna 1 tin susu cair)
100 cc Air (tqah guna 100 ml, dalam setengah cawan)
125 gm Keju Cheddar parut (Tqah guna mozarella cheese)
1 blok kiub maggi ayam
¼ s/k serbuk lada putih 

¼ s/k serbuk buah pala (Tqah tak letak pun)sama jugak akak tak letak sbb takde



Cara Menyediakan Kulit Lasagna 
1. Panaskan air hingga mendidih, tambahkan marjerin dan garam.
Masukkan kulit lasagna satu persatu ke dalam air mendidih dan masak hingga kulit lasagna lembut. (Jgn terlalu lembut sgt.. nanti terkoyak)
Toskan dan masukkan dlm sebesen air biasa.



Cara Masak Sos Daging
1. Panaskan marjerin, tumis bawang putih dan bawang bombay hingga harum dan layu. Masukkan daging cincang, kacau rata hingga daging berubah warna & masak. 
2. Tambahkan tomato parut (tomato blend) dan sos tomato dan air. Masukkan kiub ayam, oregano serbuk, garam dan gula pasir. Masak hingga mendidih & sos agak kering.



Cara Masak Sos Putih1. Panaskan marjerin, masukkan pes tepong gandum & kacau rata.
Tuang susu cair dan air sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
Tambahkan keju parut, kiub pati ayam MAGGI,
serbok lada putih & serbok pala.2. Masak hingga mendidih dan mengental. 


Penyediaan Terakhir
1. Sapu loyang atau caserole empat segi dengan marjerin di sekeliling,
2. Susun lasagna. kemudian letakkan dan ratakan sos merah, kemudian tindankan sos putih dan ratakan.
3. Ulangi proses sama seperti tadi diakhiri dengan sos putih di bahagian atas.
4. Taburkan cheese parut atasnya.
5. Bakar dengan suhu oven 180°C (atas bwh) hingga kuning kecoklatan (± 40 minit). (suhu bergantung oven masing2)
6. Angkat. Sajikan panas. 

8 ulasan:

  1. Anak-anak kakak kalau dapat ni Yati tak cukup sebekas tu.. kakak tak buat lasgna yg leceh ni sebab tak rajin macam Yati so kalau nak makan beli yg biasa di secret receipe lah..

    BalasPadam
  2. yummm dapnyer dah lama tak makan lasagna

    BalasPadam
  3. Feveret ank2 jugak. Fuh, pjg berjela resepinya tu. Ttp brbaloi cz sedap,

    BalasPadam
  4. assalam yatie..panjang betul resepinya macam banyak bahan nak guna..acik belum pernah buat ni

    BalasPadam
  5. saya pun dah lama tak buat lasagna... daging cincang tu saya guna daging burger jer... senang dan cepat :)

    BalasPadam
  6. pernah dengar jer...belum pernah makan...

    BalasPadam
  7. Sebenarnya suka makan Lasagna ni CH tapi tak pernah pulak buat sendiri ... nanti nantilah kalau mood rajin datang hehe

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)