JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 24 September 2013

IKAN KERAPU GORENG SAMBAL HIJAU

Semalam dok memikir nak masak apa ikan kerapu ni.... asyik masak stim dan sweet sour... dah selalu sangat.... jom kita google dulu nak buat apa....



 Google lah punya google jumpalah dirumah Yatie Memories Sinar Kehidupanku... Siakap sambal hijau.... menyelerakan pula tengok, tayangan dari Yatie Memories tu....



Jadi saya masaklah ikan kerapu goreng sambal hijau tu... banyak juga bahan yg saya skip sebab tak de stok bahan tu hehehe... kira derhaka punya masakan jugak lah ye...

Saya mohon copy paste ye Yatie Memories resepi ni.... mohon halalkan ye... tempek kat sini resepi sebenar untuk rujukan akan datang...

RESEPI IKAN KERAPU GORENG SAMBAL HIJAU





Bahan-Bahan
  • 1 ekor ikan siakap sederhana besar (saya guna ikan kerapu)
  • 1/2 cawan santan
  • sedikit air jika perlu
  • 1 biji bawang besar, dipotong bulat
  • 2 biji limau kasturi-ambil jusnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • minyak masak
Bahan Kisar 
  • 4 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 tangkai cili hijau
  • 10 biji cili padi hijau
  • 2 sudu besar ikan bilis, cuci dan toskan
  • sedikit belacan
Cara-Caranya
  1. Ikan dicuci bersih,kelar2 sedikit, lumur dengan sedikit kunyit dan garam, goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan ketepikan dulu.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar halus hingga terbit minyak. Masukkan santan, gula dan garam secukup rasa. Masak hingga mendidih.
  3. Masukkan ikan dan potongan bawang besar, gaul rata dan masak hingga pekat dan bawang lembut. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, gaul rata dan angkat. Hidangkan panas..

11 ulasan:

  1. pernah cuba sambal hijau kat ayam..sedap
    ikan nanti nur nak cuba...

    BalasPadam
  2. Ohh letak santan ngan ikan bilis yeh CH...selalunya kalau OKje masak tak letak benda tu

    BalasPadam
  3. masak sambal kat rumah x berapa jalan huhuhuhuhu... amir suka sup², tom yam.. plg baru laksa... kene masak iku citarasa dia...

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. sambal hijau mmg kegemaran sy...silap2 dinner ni sy masak...

    BalasPadam
  7. Bila dah kena perahan limau itulah yg menambah aroma sedap dia Yati..

    BalasPadam
  8. Tak pernah try lg...siap kena letak santan.

    BalasPadam
  9. Sedapnya..kena pula dgn nasi panas2..

    BalasPadam
  10. kita org pompuan ni mmg kdg2 tu dah blurr nk masak apa kan. jaa pun kengkadang time nk kan kelainan gooogle gak resepu. hihi.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)