JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 11 Oktober 2013

BIAR KAYA IMAN DAN TAQWA ^___^

Salam..Untuk Renungan Kita..

Sempena menyambut Idul Adha, kisah seorang sahabatku, penjual haiwan ternakan:
Setelah melayani pembeli, saya melihat seorang wanita sedang memperhatikan dagangan kami,

Dilihat dari penampilannya sepertinya mahu membeli. Lalu saya menghampiri nya dan menawarkan.
“Sila kan puan"
Dia menunjuk, “Kalau yang itu berapa?” Wanita itu menunjuk pada haiwan yang paling murah.

Kalau yang itu harganya RM300, jawab saya.
"Harga paling diskaunnya berapa?"
"RM250 bolehlah". harga sebegitu untung saya kecil, tapi biarlah..
“Wang saya cuma ada RM200, boleh ya..”.

Alahai..saya bingung, karena itu harga modal kami, akhirnya saya berlembut. “Biarlah..”

Sayapun menghantar haiwan wanita itu, Ketika sampai di rumah wanita tersebut.

Astaghfirullaah..
Allahu Akbar, terasa menggigil seluruh badan demi melihat keadaan rumah wanita tersebut.

Wanita itu hanya tinggal bertiga dengan ibu dan seorang anaknya di sebuah pondok amat buruk berlantai tanah. Saya tidak melihat tempat tidur yang ada hanya pangkin kayu beralas tikar lusuh.

Di atas pangkin itu sdg tidur seorang nenek tua kurus. “Mak..bangun mak, nih tengok Sumi bawa apa", Perempuan tua itu terbangun.
“Mak Sumi sudah beli kambing buat emak qurban, nanti kita hantar ke Masjid ya mak."

Orang tua itu terkejut namun kelihatan bahagia, sambil mengusap-usap kambing orang tua itu berucap, Alhamdulillah, akhirnya kesampaian juga emak nak buat qurban.

“Nih abang duitnya, maaf ya kalau saya menawarnya terlalu murah, saya hanya kuli cuci, saya sengaja kumpulkan wang untuk beli kambing yang mau saya niatkan buat Qurban ibu saya...

Ya Allah...Ampuni dosa hamba, hamba malu berhadapan dengan hambaMU yg satu ini. HambaMU yg Miskin Harta tapi dia kaya Iman. Seperti bergetar bumi ini setelah mendengar niat dari wanita ini.

“Bang nih wang kambing itu!" panggil wanita itu,

“Tak pa lah puan, biar biaya kambing ini, saya yg bayar."

Saya cepat pergi sebelum wanita itu perasan bila melihat mata ini sudah basah kerana tak sanggup mendapat teguran dari Allah yg sudah mempertemukan dengan hambaNYA yg dengan kesabaran, ketabahan dan penuh keimanan ingin memuliakan orang tuanya....

Semoga Allah mempermudah kita semua...

Hadith pada pagi ni melarang kita dari terpesona dengan harta benda. Harap2 kawan2 dapat berkongsi ilmu berkenaan hadith ini.
Rasulullah s.a.w. bersabda: " Sesungguhnya bagi setiap umat itu berhadapan dengan fitnah. Fitnah bagi umatku ialah harta" Riwayat al Tirmidhiy(2336). Kata Abu 'Isa : Hadith Hasan Sahih
 — with Amir Bahari and 7 others.

6 ulasan:

  1. YA Allah kak..sedihnya baca kisah ni...betapa kita lebih beruntung drpd hamba Allah di atas.. betapa kita sbnrnya lebih mampu utk melaksanakan Qurban..
    muliakan org tua kita...

    BalasPadam
  2. terima kasih atas perkongsian...sedih membacanya...semoga ianya menjadi iktibar kepada kita semua..

    BalasPadam
  3. tersentuh hati sy membacanyer...

    BalasPadam
  4. cerita y sedih..terima kasih kak yati..kita ni jauh lebih beruntung..

    BalasPadam
  5. walaupun hidupnya susah...rezeki beliau untuk buat korban tetap ada...itulah janji Allah kan...

    BalasPadam
  6. jadikan teladan...tq kak..sharing

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)