Assalamualaikum kekawan ... semoga semuanya sihat :)
Pagi ahad yg lalu saya dikejutkan dengan pemergian seorang lagi pejuang zakat. Almarhum Tn Hj Mohd Lutfi Bin Ibni Hijar... seorang yg berprinsip dan perwatakannya seumpa Saidina Umar Al Khatab yg terkenal dengan ketegasan, agamawan dan perawat di Darul Syifa. Dalam tempoh tempoh empat bulan saya kehilangan 3 orang sahabat pejuang zakat... Semoga Allah memberkati dan merahmati roh mereka semua....
Gambar ini saya ambil dari FB kawan saya kerana saya tiba lewat dan jenazah telah dibawa kekubur, sewaktu saya sampai di kubur, talkin tengah dibacakan...
Jenazah dikafan oleh ahli keluarga, sewaktu solat jenazah imamkan oleh bapa arwah sendiri.
Bacaan talkin di baca oleh bapa mertua arwah sendiri... begitu rapat hubungan menantu dengan mertuanya...
Anak tunggal lelaki arwah yg berumur 10 tahun rasanya...
Isteri dan anak-anak yg berumur antara 10 bulan ke 14 tahun. Anak arwah seramai 6 orang, 5 perempuan dan 1 lelaki... tabah sungguh isterinya...Arwah meninggal akibat serangan jantung secara tiba-tiba (heartattack)
Ya Allah, ampuni dosa sahabat ku ini, tempatkan lah rohnya bersama-sama orang yg beriman dan bertakwa. Amin .. Al fatihah
Alfatihah...semoga dia di tempatkan bersama orang2 yg beriman..
BalasPadamAl-Fatihah.. sedihnya.. moga keluarga nya tabah..
BalasPadammoga arwah di tempatkan dikalangan org yg beriman...amin!
al fatihah
BalasPadamAl-Fatihah....
BalasPadamAl - Fatihah..
BalasPadamOrg yg baik2 pergi tinggalkan kita...tenang saje tgk wajah isterinya...redha ketentuan Ilahi. Sayu pulak rasa walau tak kenal almarhum
BalasPadam