JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 22 Januari 2014

BAGAIMANA IA TERTANGKAP... ITU PERSOALANNYA ?... RABBI YASSIR WALATU`ASIR...



Assalamualaikum kekawan dan ceria serta sihat selalu :)

Kisah atas sebab apa pasangan ini tertangkap, saya ambil dari FB juga, apabila kawan post kan di wall FBnya, atas kerana bisnes orang Sweden dan untuk memperolehi keuntungan, pasangan ini menjadi mangsa... Semoga Allah mempermudahkan segala mehnah yg melanda keluarga ini... 



Salam,

Sekarang sudah heboh satu Malaysia kisah Pn Shalwati dan suami ditahan di Sweden atas tuduhan memukul anaknya kerana tak solat.

Kebetulannya Pn Shalwati yg kami panggil Shal adalah rakan satu Univ saya dan isteri sewaktu kami sama-sama menuntut di University of the Pacific, Stockton California, Amerika Syarikat dulu.

Benda ini kecik aje sebenarnya, pukul sedikit kat tangan tak solat budak2 biasa lah.

Yg jadi masalahnya ini di negara Sweden. Org mungkin kata ini isu org Kapiaq Kristian org Barat anti Islam, tapi tak ada kena mengena sebenarnya.
Shal dan keluarga terperangkap dalam sistem social enterprise di Sweden yg menjadikan foster parents (keluarga angkat) dan orphanage home (rumah anak yatim) sebagai bisness dlm sabuah kisah perniagaan enterprise yg besar.

Rantaian "bisness" mereka ini begitu besar dan melebar dari atas ke bawah yg mewujudkan beribu2 peluang pekerjaan dan subsidy kerajaan yg lumayan.

Dlm keadaan rakyat Sweden yg hanya punyai anak sekitar dua orang satu keluarga, adalah sukar mencari anak2 yatim utk di "feed" ataupun disuapkan kpd bisness social enterprise ini.

Tanpa anak2 angkat ini, maka beribu2 peluang pekerjaan untuk pekerja kebajikan dan sistem subsidy sosial ini akan ranap dan pupus; lantas mereka mensasarkan keluarga2 asing/immigrant dari luar yg datang menetap di Sweden seperti dlm satu kes keluarga dari Afrika yg anaknya ditoreh sedikit wajahnya kerana adat. Tak pasti mcm mana kes sebenar, tapi menurut sumber akhir sekali mak ayah boleh balik ke negara asal, tapi anak2 diambil.

Mcm tu juga dgn satu kes yg melibatkan keluarga Russia, diberitakan anak2 juga diambil.

Menyedari tentang perkara ini dan khuatir anak2 Shal juga berakhir dengan nasib yg serupa, saya atas kapasiti sebagai seorang individu yg punyai anak-anak sebaya anak2 Shal memohon campur tangan semua pihak2 yg prihatin, agar dapat berbuat sesuatu dan membawa pulang anak-anak mereka ke bumi Malaysia ini seberapa segera.

Akidah anak-anak ini sedang berada dalam taruhan.

Terima Kasih

Mohd Monier Bin Mat Din
Bekas Presiden Persatuan Mahasiswa/i Malaysia.

University of the Pacific,
Stockton. California. USA.

11 ulasan:

  1. Moga mereka dijauhkan dari segala keburukan, dan di permudahkan urusan mereka...

    BalasPadam
  2. Masya-Allah.... baru kakak tahu itu kisahnya.
    Dahysat betul!! Moga ujian dan mehnah ini segera diselesaikan pihak atasan dgn segera. Geram juga kita sebagai umat Islam bila kes sebenarnya mereka ada udang sebalik batu.. akidah anak-anak itu yg menjadi persoalan kelak..

    BalasPadam
  3. sebab pukul anak yang tak solat je yang dihebohkan... rupanya ada kisah sebenar yang sangat tak terpikir oleh kita semua....

    semuga mereka sekeluarga sentiasa didalam lindungan Allah, Amin.

    BalasPadam
  4. Kat Asro Awani isu ni dah lama di war-warkan.. kesian lah kak..depa di tangkap dgn tuduhan memukul anak sebab salah seorg anak depa tak sholat...

    BalasPadam
  5. ya allah...kesian kat dierang ni...
    moga mereka dilindungi dari perkara yang tak elok...dan pihak atasan perlu selesaikan dengan segera nih...

    BalasPadam
  6. kesian laa kat anak² tu...semoga mereka selamat semuanya...cuma nak tau gak, cane pihak berkuasa sweeden bleh tau parent nie rotan tgn si anak tu?..si anak g wat repot ke?

    BalasPadam
  7. meremang bulu roma bila cakap pasal akidah anak2...Semoga Allah beri petunjuk & mudahkan urusan org yg teraniaya & tunjuk kebenaran...kesian baca cerita ni sejak keluar cerita ni.

    BalasPadam
  8. ooo gitu kesahnyer.. tapi masih tak puas hati camner der orang tau dia pukul anak.. anak dia mengaduker atau ada orang nampakker!! yang tak bestnyer hukumjerler yang memukultu takkan emak bapaknyer sekalikan.
    apapun semoga keluarga ini akan bersatu kembali dan dapat meneruskan cara hidup yang sangat baik ini... semoga keluarga ini akan terus menjadi keluarga yang hebat...

    BalasPadam
  9. saya pun mengikuti kisah suami isteri ni… skrang nak marah anak pun takut kot2 anak2 tercerita kat cikgu di sekolah huhuhu…
    Tapi mcm pelik juga dgn sistem di Sweden… Kalau kat UK, social workers akan siasat dulu.. datang interview ibu bapa, guru-guru dan jiran2 sebelum ibu bapa ditangkap jika ada aduan atau kita didapati cuai hingga menyebabkan kecederaan anak-anak..
    Kat sweden terus tangkap tanpa diberi peluang utk membela diri…. Mesti anak dia yang mengadu tu (umur 12) paling sedih sbb tak menyangka perkara sedemikian akan berlaku… Tapi nasi sidah menjadi bubur… aduan tidak dapat ditarik balik...

    BalasPadam
  10. Bila baca cerita yg macam macam kat negara orang, rasa bersyukur pulak tinggal di negara sendiri

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)