Assalamualaikum kekawan... salam petang yg ceria :)
Hari ini lewat bersiaran.. banyak kerja yg perlu dibereskan :)...
Nak juga masuk blog ni kisah Reunion Class Of 1986 SMBG yang diadakan pada 8 November 2014 yg lalu.. aduh dah lama kan baru nak buat entri..
Seronok tak terkira dapat jumpa kekawan sekolah yg telah 28 tahun tak jumpa ni.. Perjumpaan ni bermula pukul 2 petang tapi saya datang lewat pukul 3 pm baru saya sampai..bila kaki melangkah masuk kedewan ni semua mata memandang ada yg bersuara "siapa niiii?" Ada juga yang masih mengenali saya... "Selamat datang Yati" kedengaran suara itu melaungkan.. tersipu-sipu lah masuk sambil memberi salam dan melambai kepada kekawan yg lain..
Sampai di meja.. "Yati ko tetap maintain macam dulu ye.. kurus aje" kawan saya Mastura berbaju merah tu.. yang sebelah saya tudung hijau tu Rahimah namanya..puas mengingatkan dulu disekolah.. ooohh baru teringat Ima yg sangat pendiam..
Ada juga yg datang lewat dari saya.. jadi meja yg saya duduk pun dah hampir penuh..
Bila mak-mak dah berkumpul ni mula lah bertanya.. anak berapa orang.. tinggal kat mana.. kerja ke.. Kawan saya Zarina yg bertudung biru muda tu tak sangka anak 10 orang.. seronoknya.. murah rezeki.. rata-rata kekawan yg ditanya.. anak mereka dalam 3 - 6 orang..
Merayap pulak saya ke meja sebelah berbual pulak dengan kekawan ni.. oleh kerana dah berubah wajah dan bentuk badan , kenalah tanya nama.. Yang baju merah tu Maryam.. dah ada cucu Maryam ni.. anak sulung dia dah kahwin, cucu dia baru 7 bulan katanya, kira nenek vogue ni :), tudung biru sebelah saya Ruzita, yg berdiri tu Kamsiah dan tudung hijau tu Azian.. hehehe dah ingat nama kekawan :D
Merayau lagi ke meja sebelah.. berkenalan pulak nama hahhaha.. nampak sangat saya dah lupa kan.. Aduh Normashitah.. "membesar bagai johan kan aku Yati" katanya.. sebelah saya tudung putih Norlailee dan duduk tersenyum tu Suraya..
Sebahagian kawan sekolah lelaki yg hadir.. hanya sedikit saya kenal haha :D
Apa taknya kepala dah botak, perut dah boroi dan badan pun dah besar2 belaka hahaha.. dorang marah betul dengan saya bila saya cakap macam tu.. ye lah macam mana nak kenal jauh bezanya :D
Masa kekawan perempuan ni bergambar saya dah balik.. ada juga yg dah balik awal dari saya.. admin group whatsapp ni adalah Rahmah yg pakai baju warna gray tu..
Kedatangan pada hari itu hampir 40 orang rasanya.. inshaAllah nak buat 2nd Reunion pulak.. kumpulkan kekawan ramai lagi :)
wahhh, bestnyeee..dh 28thn pun masih lagik wat reunion..salute!
BalasPadambagus jejak sahabat sekolah lama ni...sy pernah sekali je join reunion sek men. ramai dah berjaya....
BalasPadam28 tahun - sama tempoh pernikahan kakcik.
BalasPadamSeronok jumpa kawan2 lama, kan? Pasti banyak cerita....:)
WAH SERONOKNYA DAPAT MENJEJAK KENGKAWAN LAMA CAMNI KAK
BalasPadamkak, 1986 umur saya baru 2 tahun..hehe..
BalasPadamseronok dapat berkumpul kan
wahhhhh...seronoknya dapat jumpa kawan2 lama... mesti byk nostalgia kan kak....
BalasPadam28tahun! wow..mmg excited! Raya lepas, pertama kali gathering dgn kawan sekolah setelah 19thn tak jumpa..pun dah sgt excited. :)
BalasPadamAcik tak pernah lagi pi reunion yati..yati baru 28 tahun..acik dah dekat 40 tahun..
BalasPadamYati bayangkanlah kalau 28 tahun org menikah anak dah kawen pun. Lama betul baru jumpa memang payah nak kenal balik. Saiz pulak dan bertambah-tambah. Yg lelaki mesti uban dah mula mencari ruang. Perempuan ok lagilah sebab dlm tudung tak tahu hihi...
BalasPadamwahhhh ukhwah yg berpanjangan selama 28 tahun... hebat nyer...
BalasPadamseronoknya jumpa kwn2 lama.. kawan akak ada tak yg blogger jugak? hehehe
BalasPadamseronoknya Yati.....28 th baru jumpa semula...tentu banyak yg nak diceritakan...
BalasPadamSgt2 seronok bila dpt brkumpul dgn rakan2 lama...riuh rendah dibuatnya...
BalasPadamMmg seronok jumpa kawan lama kan CH ...
BalasPadamMcm mcm benda yg nak disembangkan. Syukur dpt bergader gader setelah begitu lama terpisah....
seronok jumpa kekawan.. ada yg buncit dsb
BalasPadamyg kawin 4 ada tk.. hihi
lama tahun tu kakak...bestnya dapat jumpe kawan2 dulu kan
BalasPadamwahhh seronok tu kak yatie...jumpa kawan2 lama...mcm2 nk cerita kan...
BalasPadamseronoknyaaaa hehehe ritu reunion after 7
BalasPadamtahun pun da macam2 nk crita. ni daaa 28 tahun lagilaaa macam2..
Macam kisah jejak kasihlah ni ya. Lama sungguh 28 tahun tak jumpa, sekali jumpa memanglah tak kenal lagi. Saya belum pernah lagi pergi class reunion. Masa awal 20-an dulu ada juga sekolah buat tapi saya ngelat tak pergi. Second time pun kawan-kawan baik (yang dah terpisah lama) buat pun saya tak berkesempatan nak pergi. Kalaulah pergi, memang masing-masing dok angkat kening tengok keadaan diri masing-masing. Jauh berbeza. Hahaha!
BalasPadam