JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 28 Januari 2015

DEN DAH NAK BALIK.... Sejahterah lah Abah bertemu Pencipta mu .... ~ 1928 - 2015


Assalamualaikum kekawan semua...
Semoga kita semua berada didalam rahmat Ilahi dan diberi kesihatan yg baik..

Pada hari Sabtu 17hb Januari 2015 bersamaan dengan 26 Rabiulawal 1436H pukul 5.50pm.. ayahanda tercinta telah pergi menghadap Yang Maha Pencipta.. Janji yg telah ditetapkan keatas setiap makhluk yg bernyawa.. Semoga roh arwah abah dicucuri rahmat Ilahi dan ditempatkan bersama para solehin dan syuhadah..

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ

وَنَقِّهِ مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ

وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ

وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ.

Maksudnya:
Ya Allah, berikanlah ampunan kepadanya, sayangilah dia, maafkan dan ampunilah dia, muliakan tempatnya, luaskan tempat masuknya, serta mandikanlah dia dengan air, salju dan embun; bersihkanlah dia dari kesalahan-kesalahan sebagaimana baju putih dibersihkan dari kotoran; berikanlah dia pengganti tempat tinggal yang lebih baik dari tempat tinggalnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya, dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya; masukkanlah dia ke syurga serta lindungilah dia dari azab kubur (atau azab neraka).


Kami membawa abah balik dari hospital Sg Buloh pada hari Rabu 14 Januari 2015, memenuhi permintaan abah utk pulang kerumah, abah begitu gembira apabila balik ke rumah.. Sebelum membawa abah balik kerumah kami adik beradik telah menyediakan kelengkapan perubatan abah.. oksigen,  katil seperti hospital yg boleh diturun naik dan  kerusi roda untuk abah bergerak.. Pada pagi khamis tu saya cuti utk menjaga abah dan abah selesa sangat dan berbual-bual seperti biasa, mak lah yg paling abah cari bila tak kelihatan di sisi abah.. 
Pada pagi jumaat mak berbual-bual dengan abah.. kata mak, abah cakap "den dah nak balik ni" pastu mak cakap" balik lah abah, saya dan anak-anak redha dan memohon Allah meredhai abah juga" pastu mak menyambung balik " abah maafkan saya dan anak-anak ye" abah cakap " ya, den dah maafkan kau dan anak-anak" sambil tersenyum.. Pastu abah kata"hari ini Jumaat kan, den nak mandi dan solat Jumaat" 
Mak kata" abah solat ajer dirumah kerana abah tak sihat" Abah akur, jadi adik dan kakak perempuan saya memenuhi permintaan abah utk mandi, selesai mandi abah solat zohor dan mendengar khutubah Jumaat di depan TV . Selepas tu abah minta masuk dalam bilik utk berehat..
Pada malam sabtu tu Kak Andak saya menjaga abah dibilik, pada pagi Sabtu tu, abah kejut kak andak, "Bangun Dak, dah nak subuh, kau ada bawa telekung, jom kita solat" ajak abah. Kak Andak pun mengambil wuduk utk abah dan abah pun solat subuh bersama kak andak, selepas habis solat abah berdoa kata kak andak, lama abah berdoa, selepas tu Mak masuk bilik dan suruh kak andak berehat sebab semalaman menjaga abah, kata mak masa tu abah sebut lagi "Den dah nak balik ni ye" pastu mak kata " ye abah, semoga Allah merahmati abah", selepas tu abah memejamkan matanya dan berzikir..
 Saya pulang ke Kuang pada 2.00ptg, sebenarnya saya nak balik pagi tapi malam tu saya balik dari Hospital KPJ Shah Alam pukul 2.00 pagi kerana menghantar en suami yg suspek denggi, oleh kerana wad penuh , doktor mencadangkan datang semula check darah pada hari Ahad kerana bacaan platelet 245 masih lagi normal. Selepas tu saya terus pergi mesyuarat Koperasi sebab kena hadir 50 peserta baru koperasi diluluskan.. habis mesyuarat pukul 4.00pm saya terus balik kerumah mak, Sampai rumah mak ada mak lang datang menziarahi abah, selepas bersalam dengan maklang, saya masuk bilik abah, masa tu ada adik saya Uda dan anak buah saya Nurin, saya tengok abah tengah lena tido, kata adik saya abah baru tido tu.. saya pun cium dahi abah.. tak nak ganggu tido abah.. saya keluar utk solat asar dan ajak budak2 tu solat asar sama.. lepas solat asar saya cakap dgn mak, tak dapat tidur sini sebab esok nak hantar en suami pergi hospital utk check darah sebab suspek denggi, mak kata ok lah.. tak apa pergi tengok suami ko tu dulu.. ada adik beradik lain yg jaga, lepas tu saya masuk bilik abah dan cium dahi abah lagi..

Baru saya sampai saya ke Shah Alam, belum smpi dirumah saya, saya terima call dari kak andak saya , mengatakan abah telah tiada.. terkedu saya.. Inna lillahi wa inna ilayhi roji'un (   إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ ) kata saya.. Selepas solat maghrib, saya sekeluarga pulang semula ke Kuang, Sampai rumah mak semua adik beradik , saudara mara telah berkumpul dirumah, mak kata lepas isyak kita mandikan jenazah, Mak kata elok dimandikan awal dan jenazah abah dah bersih dan apa yg kita baca  Yassin dan doa, inshaAllah samoai kepada arwah dan mudahan diterima Allah.. 

Alhamdulillah, cucu-cucu memangku jenazah atuknya utk dimandikan dan tiga orang anak lelaki iaitu abg long saya dan dua orang adik lelaki saya.. selepas tu anak-beranak juga mengkapan jenazah abah.. Selepas tu adik lelaki yg ustaz tu mencadangkan agar adik beradik dan cucu-cucu semua solat jenazah .. Jenazah akan dikebumikan pagi esok ahad dalam pukul 8.00pagi.. pada malam tu kami sekeluarga bergilir-gilir mengaji disisi jenazah abah.. sehingga subuh.. 

Tepat pukul 7.00 pagi van jenazah sampai dan orang kampung datang menziarahi jenazah abah .. kemudian solat jenazah dibuat sekali di rumah sebelum dibawa ke masjid utk di solatkan lagi.. atas permintaan kariah masjid sebab ramai yang telah menunggu dimasjid.. Alhamdulillah.. rezeki abah di solat jenazah sebanyak 3 kali..
Pukul 9.30pagi.. jenazah abah selamat di kebumikan.. Bersemadilah abah di alam barzakh.. semoga kubur mu adalah salah satu taman dari taman-taman syurga.. damailah abah disana.. 

Mak cerita, masa abah menghembuskan nafas yg terakhir dengan tenang  dan mudah..melihat jenazah abah ,wajah abah seolah-olah seperti berada didalam tidur yg mendamaikan dengan senyuman..
Alhamdulillah .. semoga roh abah sejahterah disana..


Alhamdulillah ... Allah kurniakan kelebihan buat arwah abah..


Ambil dari FB Masjid Jamek Al Islahiah Kuang.. titipan takziah dari kariah masjid..

Tempat abah berehat seketika apabila tiba di masjid.. Dihatinya solat dan masjid sahaja..
Pada 1/2/2015 ini abah berumur 87 tahun.. tapi abah telah pergi dahulu.. Baru kini ku tahu erti rindu... Miss abah ...






33 ulasan:

  1. al fatihah...moga akak sekeluarga tabah ye...

    BalasPadam
  2. ALHAMDULILLAH SEJUK BACA
    INNA LILLAHHI WA INNA ILAI HIROJIUN
    semoga di tempatkan di kalangan org2 yg soleh

    BalasPadam
  3. alfatihah..kami juga baru kehilangan insan tersayang...huhu

    BalasPadam
  4. salam takziah kak..

    allahuakbar..semoga abah diletakkan bersama Yang MAHA ESA..di syurgaNYA.

    BalasPadam
  5. Salam takziah buat yati sekeluarga..muga arwah di tempatkan bersama kalangan insan yg soleh, alfatihah..

    BalasPadam
  6. Alfatihah...semoga arwahvtenang di rumah barunya..salam takziah dr SA

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah T...sehingga akhir hayat pun masih mampu abah nak sembahyang...masih ingatkan Allah....telah pun memaafkan Mak dan adik beradik yg lain...Berbahagia lah dia disana yer T...semoga ALLAH menempatkan aruah abah ko bersama para solihan dan syuhadah..bersama insan yg beriman dan diredhaiNYA...

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah T...sehingga akhir hayat pun masih mampu abah nak sembahyang...masih ingatkan Allah....telah pun memaafkan Mak dan adik beradik yg lain...Berbahagia lah dia disana yer T...semoga ALLAH menempatkan aruah abah ko bersama para solihan dan syuhadah..bersama insan yg beriman dan diredhaiNYA...

    BalasPadam
  9. Salam takziah.AlFatihah buat arwah

    BalasPadam
  10. Salam takziah buat yatie sekeluarga. Semoga arwah ditempatkan bersama orang2 yang beriman.

    Alfatihah.

    BalasPadam
  11. salam takziah..sedih ayat last tu..rinduu tak terucap..

    BalasPadam
  12. Al-Fatihah...moga roh arwah ditempatkan bersama orang2 yang soleh dan diredhai Allah..
    Amiin

    BalasPadam
  13. Biarpun ada airmata kakak mengalir dari N3 ini Yati tapi kakak rasa puas perginya abah dikelilingi insan-insan tersayang. Mudah perginya dan moga amalan yg dibuat sepanjang hayatnya menjadi bekalan terbaik. Anak-cucu yg soleh-solehah sungguh membantu dia di sana.

    Salam takziah dari kakak dan keluarga di JB. Al-Fatihah buat abah.

    BalasPadam
  14. Al-Fatihah. moga roh arwah ditempatkan bersama orang2 yang soleh

    BalasPadam
  15. Al Fatihah..
    Salam takziah dari saya..
    Saya doakan Abah ditempatkan di syurga Firdaus, terlindung dari seksa kubur & neraka..

    BalasPadam
  16. Takziah buat kak Yati dan keluarga.
    Moga pakcik Jasa ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.

    BalasPadam
  17. takziah pada yati sekeluarga.
    semoga tenanglah dia di sana.

    BalasPadam
  18. innalillahiwainnailaihirajiun..takziah kak...moga damai dan tenanglah roh arwah...moga ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman dan beramal soleh

    BalasPadam
  19. Salam takziah buat akak sekeluarga...
    Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang2 soleh...

    BalasPadam
  20. Innalillah buat akak sekeluarga. Moga akak tabah menghadapi kehilangan yang besa begini...

    BalasPadam
  21. salam takziah dari kakak untuk yatie dan keluarga ...juga Al fatehah untuk arwah abah yatie.

    BalasPadam
  22. Salam takziah. Alhamdulillah abah pergi dengan tenang,dikelilingi orang tersayang.semoga amalan baik abah menjadi pedoman buat kita yg hidup..

    BalasPadam
  23. Salam Takziah buat Kak Yati sekeluarga.. Al-Fatihah.. pedih mata saya baca entry ni kak.. tabahye kak!

    BalasPadam
  24. membacanya dapat merasakan yang arwah insan hebat... moga kita juga akan mengikut jejaknya menjaga solat walaupun dalam keadaan apa jua... dia tentu istimewa... Al-Fatihah...

    BalasPadam
  25. Salam Takziah..Moga roh arwah abah tenang di sana.. Al - Fatihah

    BalasPadam
  26. Sedih baca catatan ini. Betapa hebatnya aruah, Allah menarik nyawanya tanpa kesakitan.... Al-fatihah...

    BalasPadam
  27. takziah...sebak baca. Alhamdulillah pengakhiran yg baik utk allahyarham.

    BalasPadam
  28. Alfatihah.....dan takziiah untuk CH sefamily ye. Alahai mudahnya arwah pergi siap boleh bagitahu emak lagi. Mcm tau tau je .....

    Moga arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman .Untung arwah mempunyai anak anak yg sayang kepadanya

    BalasPadam
  29. Salam.
    Innalillah wa-inna ilaihi raji’un – Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return.. alfatiha untuk arwah pakcik Jasa

    BalasPadam
  30. Lama sy x singgah sini. sy terkedu. salam takziah utk akak & family. rezeki abah pergi dgn cara yg baik. Semiga roh dicucuri rahmat. al fatihah.

    BalasPadam
  31. Alfatihah dan salam takziah buat CH sekeluarga. Menitis airmata saya bila membaca entri ni. Alhamdulillah, dari catatan yang dibaca, semoga tenang arwah bersemadi di sana.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)