JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Sabtu, 14 Februari 2015

AYAM MASAK CILI KERING GAJUS ALA THAI

Assalamualaikum kekawan..

Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi hendaknya...

Nak masak apa hujung minggu ni kekawan.. ni sekodeng saya di 

FB.. macam sedap jer.. jom cuba :)






RESEPI AYAM MASAK CILI KERING GAJUS ALA THAI
Bahan-bahan ( Sesuai utk lunch atau dinner )
Dada ayam - hiris tipis
7 tangkai cili kering (rendam dgn air panas)
1 biji bawang besar - Hiris besar2
2 biji bawang merah - potong setengah
1 biji bawang putih - hiris tipis
Buah Gajus
Sedikit halia - hiris tipis
sedikit sos tiram
sedikit tepung jagung/gandum
Garam & serbuk perasa secukupnya
Sedikit kicap pekat manis
sedikit serbuk lada sulah
Cara-cara
1.Perapkan isi dada ayam yg di hiris tipis bersama dgn sos tiram & tepung jagung.
2.Tumis bawang & halia sampai naik bau, masukkan ayam yg di perap tadi,goreng sekejap & masukkan pula kicap pekat manis,garam,lada sulah &serbuk perasa,gaul & biarkan sebentar..
3.Masukkan cili kering & goreng sebentar.
4.Bancuh sedikit tepung jagung bersama sedikit air & tuang dlm masakan, gaul & biarkan sampai pekat sedikit.
5.Matikan api & hidangkan panas2 bersama nasi.
Selamat 

12 ulasan:

  1. Waa senang je..tp part dada ayam tu kalau tukar part lain ok kan...

    BalasPadam
  2. Sedap ni...dada ayam kan takder kolestrol..

    BalasPadam
  3. Mesti sedap. Kalau kat rumah kak zai apa saja masakan pedas mesti laku.

    BalasPadam
  4. Nampak sedap dan seperti mudah saja membuatnya... Kalau rumah saya asal masak ayam mesti budak-budak suka...

    BalasPadam
  5. Sy cukup suka klu masakan ayam yg masak kering camni..kena dengan nasi panas...fuhhh!

    BalasPadam
  6. Wah, nampak sedap ni! Ada gajus lagi, mesti umpph kalau makan dengan nasi putih panas-panas. Nak cuba jugalah sebab anak bujang kat rumah tu peminat ayam. Dah buntu dah nak masak macamana style lagi!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)