Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya..
Jom kita cuba buat jus serai ni kekawan.. saya dapat dari wall FB lah mana lagi.. saya kongsi kan pula disini.. semoga memberi manfaat pada kita semua.. ~__^
Tapi ramai yang tidak tahu serai mempunyai "Citral" yang mampu membunuh sel Kanser dlm tubuh badan kerana minyaknya punyai beta-carotene yg punyai ciri-ciri anti-oksidan yang boleh mengelak dari penyakit kronik kanser.
Serai juga punyai Detoxification yang boleh membantu lawaskan pembuangan air kecil dengan mencuci buah pinggang, hati dan juga pundi-pundi kencing.
Serai boleh mengurangkan tekanan darah , kolestrol, asid urik yang berlebihan, toxic dan lemak ditubuh badan.
RESIPI : PENYEDIAAN MINUMAN SERAI:
Bahan-Bahan Diperlukan:
- 6 batang serai.
- 6 sudu besar gula batu / atau cukup rasa manis.
- 8 cawan air - 2 liter.
- 6 helai daun pandan.
- sedikit jus lemon.
- 6 batang serai.
- 6 sudu besar gula batu / atau cukup rasa manis.
- 8 cawan air - 2 liter.
- 6 helai daun pandan.
- sedikit jus lemon.
Cara-cara Penyediaan:
1. Ketuk perdu serai - potong kasar dan masukan dalam periok yang berisi 2 liter air.Masukkan daun pandan bersimpul.
2. Bila air mula didih..kecilkan api dapur bawa kepada "reneh". Reneh selama 30 - 60 minit. Air akan bertukar kehijaun sikit.
3. Masukkan gula batu, bila gula dah hancur dan sebati, matikan api dapur.
4. Masukkan jus lemon dan minuman anda sudah sedia dihidangkan sejuk atau panas.

Macam tak sanggup nak minum jer CH seram nengoknya ni ha hihi...Kalau halia tu boleh lagilah nak kejam mata, tutup hidung ke...
BalasPadamSama macam jiran saya komen kat atas tu, CH. Takut nak cuba. Maklumlah, benda-benda elok dimakan/diminum ni memang takut memanjang saya nak mencubanya tau!
BalasPadams
BalasPadam