JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Ahad, 9 Ogos 2015

RESEPI LAMBCHOP BLACK PEPPER

 Assalamualaikum kekawan..
Selamat berhujung minggu.. hari jumaat tu ada openhouse yg diadakan oleh JMB..
Ada kambing panggang 3 ekor.. pergh apa lagi beratur lah kita..
Sedap sangat.. dagingnya lembut sangat..
Jadi kalau nak buat sendiri dirumah kita cuba pulak Lambchop Black Pepper ni..




RESEPI LAMBCHOP BLACK PEPPER 
Bahan-bahan utk perap lamb shoulder (Anggaran 7 keping)
● 6 keping lamb shoulder
● Bahan kisar: 5 cm halia, 
● 1 cm kunyit hidup,
● 4 ulas bawang putih dan
● 4 ulas bawang merah
● 3 sudu besar madu
● 4 sudu besar Sos tiram
● 4-5 sudu besar lada hitam kisar
● 1/2 sudu kecil serbuk Jintan manis ,
● 1/2 sudu kecil jintan putih
● 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar,
● Sedikit kicap cair penganti garam
Cara menyediakannya
1. Masukkan ke semua bahan perap ke dalam bekas.
3. Masukkan lamb shoulder ke dalam bahan perapan tadi dan gaul sebati
3. Perap lamb shoulder selama 2-3 jam atau semalaman.
4. Bakar lamb chop sampai masak. Boleh guna juali leper, kuali serba guna atau bakar atas arang.
Bahan-bahan sos:
1. Saki baki bahan perapan
2. 2 sudu teh sos tiram
3. 2 sudu teh sos tomato
4. 4 sudu besar lada hitam kisar
5. 2 sudu teh brown sugar
semuanya di masak dalam periuk bersama ngan 300 ml air hingga agak mendidih. Sebelum angkat pekatkan black pepper sos ngan bancuhan tepung jagung atau tepung ubi.
sedia untuk dihilangkan bersama hiasan yg diingini.
Silalah share yer dan jika ingin share, komen “SAYA SHARE” supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda nanti.

2 ulasan:

  1. lamb shoulder? daging kambing mahal sbb daging sgt sedap

    BalasPadam
  2. wahhh... mcm sedap je... sebelum ni atie xpernah mkn lamb.. tp sejak kawen ni n hubby mmg peminat lamb, secara tak lansung atie pon da mkn lamb jgk... huhu.. thanks share resepi, ada masa nanti bole la cuba...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)