JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 16 Mac 2016

Bekfes Omputeh :: LAGSANA ROTI MUDAH ~___^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan diberikan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Gara-gara tergoda dengan hainomokje punya lagsana roti tu.. gigih CH buat tau mak :P
Pepagi CH dah bangun tau... hahaha terlajak rajin pagi :)

Mula-mula kenalah sediakan sos macam kuah spaghetti tu kan , saya ni nak anak makan sayur saya tambah karot merah tu.. ikut tekak anak beranak jer ni.. 

Jom intai cara nak buat sos @ intinya tu..

Bahannya :-

- 400grm daging ayam kisar (guna ramli daging kisar tu jer)
- 1 biji bawang holland ~ potong dadu
- 3 ulas bawang putih~ditumbuk
- 1 tin kecil sos spageti Adabi
- 1 tin kecil cendawan butang ~ potong nipis
-1 sudu teh lada hitam serbuk (ikut nak pedas mana)
- 1 batang Karot Merah ~ disagat jer
- Garam secukup rasa

Caranya :
1. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi, kemudian masukan daging kisar, kacau sehingga masak.
2. Masukan sos spaghetti, setelah mendidih masukan cendawan butang, karot merah, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
3. Masak sehingga agak kering, tutup api dan ketepikan.


Bahan Kedua :
- 12 keping roti 
- 200ml susu segar
- 3 biji teleur
- Keju mozarella

Caranya :
1. Pukul susu dan telur hingga sebati.
2. Celupkan roti dikedua belah roti dan susunkan dalam pemanggang tu, sebelum tu gris sikit dengan majerin.
3. Taburkan kuah spaghetti tadi sehingga penuh roti tu, susun pula cheese diatas nya.
4. Kemudian tutup semula dengan roti yg telah dicelup dengan telur dan susu tu. Susun lagi cheese diatasnya, lebihan susu telur tadi boleh curahkan atas roti/cheese tadi.
5. Bakar dalam pemanggang tu selama lebih kurang 15 minit atau masak, jangan rentung sudahlah ~__^

Saya bakar guna api yg kecil macam gambar diatas tu.. jika suka garing boleh juga diterbalikan pemanggang tu :)


Oleh kerana buat pagi tadi tak sempat nak ambil gambar yg telah dipotong, mana lagi nak bersiap ketempat kerjakan..
Saya sempat juga makan sekeping tu..
Anak-anak kata sedap.. nanti mama boleh buat bila saya telefon mereka tadi.. tak tau mama dia kerahan tenaga pagi tadi.. mana nak masak lauk utk makan tengahari mereka kan..
Kak Nabilah pun cuti sama jadi beranilah tinggal mereka 3 beradik dirumah.. itu pun telah banyak pesanan penaja diberikan..
Jangan sesekali nak buka api gas, jangan keluar rumah, kunci pintu sentiasa hahahhah *__*

11 ulasan:

  1. Rajin sungguh yatie kerah tenaga buat sarapan roti lagsanag ni ya.Kalau akak buat2 ni utk minum petang je yatie.Akak nak save resepi ni ,senang bila budak2 balik dah ada idea nak masak2.

    BalasPadam
  2. Kalau dah makan ini tak payah makan nasi dah Yati
    Kalau kakak biasa buat gini tapi kakak bakar dlm oven Yati

    BalasPadam
  3. lasagna roti sedap n mudah ni..

    http://karyaku-paridahishak.blogspot.my/2016/03/25-things-that-make-me-happy.html
    kak tag yati ya.

    BalasPadam
  4. sedap2..pernh tgk org buat tp blum try lg

    BalasPadam
  5. aduhhhhh...beso sangat dugaan ni kak...hahaha...laju2 scroll gambo ni :p

    BalasPadam
  6. Jadi ngiler liat gambar diatas hheee...

    BalasPadam
  7. kak..sedapnya ada cheese tu..saya memang suka kalau makanan bercheese ni

    BalasPadam
  8. sedapnya...
    sempat lagi akak pg2 buat best2 utk sarapan..

    BalasPadam
  9. mmg senang je kan kak... kalau dana bt lasagna roti nih, dana suke boh sos putih yg mcm cabonara tuh... bt ngn susu+tepung gndum+butter + cheese je

    BalasPadam
  10. sedapnya kak...tengs share resepi ni...nnt nak try buat la...

    BalasPadam
  11. bestnyer.. pagi2 tgk entry ni lapar pulak ekekek...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)