JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 8 Mac 2016

RESEPI GULAI TEMPE PUCUK UBI...emmm danyaaa ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya.. :)

Jadi mak-mak ni selalu memikirkan apa lah yg hendak dimasakan utk hari ini kan.. pastu nak masak kena ikut selera ahli keluarga dalam rumah .. nanti penat jer bersilat didapur last sekali kita jer yg makan huhuhu.. Nasib baiklah gulai tempe pucuk ubi saya ni laku bila dimasak.. ingat lagi arwah mak mertua tengok nabil makan gulai pucuk ubi ni dengan selera.. eh makan ko pucuk ubi ni Nabil.. masa tu saya masak dengan ketam, lagi lah manis gulai pucuk ubi tu kan.. selera anak2 ni jgn lah masak pedas2 kesian pulak mereka..


Terjadinya gulai tempe ni sebab tempe ni dah 4 hari dalam peti ais , tu lebih buat goreng pada hari ahad lepas, masak ni masa hari khamis lalu untuk saya berbuka puasa, tempe ni kalau dah lama sikit tak sedap utk digoreng , lebih sedap di buat gulai mengikut selera saya lah hehehe..
Pucuk ubi tu pun beli pada hari selasa masa ada pasar malam, memang dah rancang nak masak hari khamis tu.. mudah sangat resepi saya ni kekawan.. jom intai ....

RESEPI GULAI PUCUK UBI DENGAN TEMPE

Bahannya :-
  • 1 ikat pucuk ubi (direbus dahulu)
  • 4 bungkus tempe ( yg bungkus dalam daun pisang tu, potong kecil spt gambar) 
  • 2 mangkuk santan cair
  • 1 mangkuk santan pekat
  • 5 biji cili padi*
  • 1 biji cili merah*
  • 2 biji bawang merah kecil*
  • 3 cm kunyit hidup* (*dikisar atau ditumbuk)
  • Segenggam ikan bilis ditumbuk kasar
  • 1 btg serai dititik.
  • 1 helai daun kunyit
  • garam secukup rasa.
Caranya :-
  1. Masukan santan cair bersama bahan kisar, serai, ikan bils dan tempe.
  2. Bila sudah mendidih masukan pucuk ubi yg telah direbus tadi.
  3. Lepas tu masukan santan pekat, asam keping dan daun kunyit. (sentiasa dikacau supaya tak pecah santan)
  4. Rasa masinnya, jika tidak cukup masin bolehlah ditambah sedikit garam. 
  5. Siap untuk dihidang.



Berselera lah saya berbuka puasa petang tu.. emmm sayuran kampung juga pembuka selera kan.. dah dengan sayuran ini saya membesarkan.. penuh dibelakang rumah arwah mak ... beli nak makan petik ajer :)
Sekarang ni beli dipasar banyak daun tua dari pucuk mudanya hehehe.. bertabah jer lah ~__^

13 ulasan:

  1. sedapnya kak, hari2 pikir menu senang dimasak sedap dimakan, tgk lauk ni terbit idea nak masak apa lepas ni..t/kasih.

    BalasPadam
  2. Bapak kakak suka pucuk ubi masak macam ini Yati
    Sejak duduk dgn kakak belum lagi kakak buat ni.
    Nantilah kalau ada ke pasar kakak cari pucuk ubi dan tempenya dulu.

    BalasPadam
  3. pucuk ubi memang sedap buat gulai camni kak...masuk kan tempe lagi la berganda sedapnye...lama dah tak makan pucuk ubi kene gak skodeng2 kat pasa lepas ni...kikiki

    BalasPadam
  4. dana pun suke msk tempe ngn pucuk ubi gini kak.... sedap nya

    BalasPadam
  5. alamak sedapnya..biasanya org guna ubi..ni letak tempe..peberet sy la..kena dengan nasi panas2 kuah banjir makan tak toleh kiri kanan dah.hehe

    BalasPadam
  6. Sedapnya tambah dah waktu lunch ni CH, pasti laku, nampak pun sedap :)

    BalasPadam
  7. mmg berselera berbuka puasa mkn sayur gini sedap tu...

    BalasPadam
  8. nampak macam sedao.. kat rumah, tadak orang makan tempe kecuali SN and abah.. huk2

    BalasPadam
  9. nampak gambar pun dah sgt membuka selera...
    Sedap tu kak Yati... nyum nyum...

    BalasPadam
  10. Lama tak makan daun ubi masak lemak campur tempe gini CH. Tp tulah...anak anak dlm rumah ni mmg kurang suka sayur so sayur gini gini lagilah kita jarang masak.

    Tambah sedap kalau ada sambal belacan dgn ikan goreng ek CH. Kalau ada ikan sepat masin pun bedt tu

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)