Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya.
Minggu lepas en suami saya demam.. dia bila tak sihat , seleranya hanya benda-benda masam ajer.. tahu sangatlah tentu dimintanya saya masakkan tomyam.. dah selalu sangat buat tomyam ayam.. jadi saya tukar selera kepada tomyam ikan.. petang tu balik kerja tengok ada ikan siakap sajer dalam peti ais tu.. marilah kita tomyam kan dia kan.. si Siakap yg elok frozen tu..
Tengok dalam kabinet dapur tu ada pes tomyam putih.. apa lagi saya gunakan pes tu dengan jayanya.. cepat saya memasaknya kan kekawan.. Jomlah intai resepi saya yg mudah ini.
RESEPI TOMYAM PUTIH IKAN SIAKAP
Bahannya :-
- 1 ekor ikan siakap sederhana besar
- 1 biji bawang besar
- 1 peket pes tomyam putih adabi
- 2 biji tomato potong 4
- 2 batang serai dititik
- 1 Batang Karot Merah
- Kobis Bunga
- Limau
- 3 helai daun limau purut
- 10 biji cili padi kerat 2
- Garam secukup rasa
Caranya :-
1. Tumis bawang besar sedikit wangi, kemudian masukan 1 cawan air (saya guna pemagang ajaib tu senang)
2. Kemudian masukan pes tomyam putih , kacau mesra, lepas tu masukan karot merah dan bunga kobis.
3. Lepas tu masukan serai dan ikan siakap , tutup pemanggang, biar dia mendidih.
4. Masukan garam, daun limau purut, cili padi dan perahkan lemon keatas ikan tersebut.
5. Apabila ikan elok masak, siap untuk dihidang.
Dinner kami anak beranak malam tu adalah tomyam putih ikan siakap.. makan panas-panas, tengok peluh en suami , merembas keluar, dia kata baru demam dia kebah, tengok sampai 3 kali menambah nasi di pinggan, berselera sekali orang demam ni kan ~__^
aww..knp mcm sedap sgt ni..
BalasPadamsy tgk menyelerakkan kak.. iyelah musim cuaca mcm ni senang kena demam ... makan pun x selera.. tgk menu mcm ni blh jd selera...
BalasPadamKalau buat tomyam merah ok juga kan yatie...stok pes tomyam akak banyak,boleh lah ikut resepi yatie ni kalau anak2'balik nanti.
BalasPadamwaaaaaaaaa msti sedap nih... semerbak harum lak bau nya bila bt tomyam tuh
BalasPadamassalamualaikum
BalasPadamsinggah pagi isnin
Kakak suka tomyam putih Yati tapi anak-anak dgn abang suka yg merah. Pada kakak sama aje tapi itulah bila jadi tukang masak kita kena ikut selera yg nak makan..
BalasPadamsenang nyer nak buat! aaaa..suka nyer..nak buat jugak la ;)
BalasPadamKak Zai tak pernah buat tomyam ikan lg kena cuba ni. Nanti pergi pasar beli ikan siakap.Tq yati kongsi resepi.
BalasPadamsy tak pernah buat tomyam putih..biasa buat merah..sedap pulak ye makan denan nasi pamas..hirup kuah mabeleslah..dan2 lapaq ni.hehe
BalasPadamLama dh tak msk tomyammm
BalasPadamLagi pulak dgn ikan...tgok ni mcm bgi idea jer....klu tgok thai food punya diorg msk stim asam siakap..ltk kangkung
sedapnyeeeee... tetiba rasa nak makan ikan masak stim.
BalasPadamsenang dan mudah jer nak buat kan. sedap x payah cakap lah.. memang sedap!
hendak cuba ni....
BalasPadamTomyam putih..kat umah byk stok tomyam hihihi
BalasPadamNak try guna ikan siakap pula..
Wah..berselera tu. ebah demam en suami kena tom yam siakap.
BalasPadamsaya suka tomyam putih tapi suami suka tomyam merah..emm...sabo ajelah
BalasPadamWeyh....mcm dugong tengah mandi bunga ko haha.....
BalasPadamYelah tekak tengah pahit bila makan masam masam seeralah sikit kot. Untung jadi suami ni kan, demam ada bini nak layan selera, kalau kita demam agaknya sapa yg nak melayan CH?
Huhuhu..
PadamSendiri layan lah Nom..
Bukan reti masak pung..
Habaq kat hang hahaha
Weyh....mcm dugong tengah mandi bunga ko haha.....
BalasPadamYelah tekak tengah pahit bila makan masam masam seeralah sikit kot. Untung jadi suami ni kan, demam ada bini nak layan selera, kalau kita demam agaknya sapa yg nak melayan CH?