JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 9 Mei 2016

Si HITAM Menawan Hati ^__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Ingat tak entry saya balik kampung 3 hari tu.. bila balik rumah petiais rosak.. hari Isnin tu en.suami panggilah yg baiki alat elektrik ini.. dia kata tak banyak yg rosak ni.. malam ni boleh hantar balik.. memang betul pun .. malam tu dia hantar balik .. kenalah RM250.00 upah baiki..
Malangnya hanya bertahan 3 hari ajer yg rosak tu.. panggil balik tukang baiki tu.. dia kata petang esok dia datang baiki.. dia kata boleh baiki kat rumah tu jer bang.. ok lah tunggu lagi.. tunggu dan telefon lagi dan lagi dan lagi.. tiada juga menjelma budak yg baiki.. geram juga en suami di buatnya.. 
Oleh kerana tak tahan nak menunggu sibaiki tu.. pada hari sabtu ambil keputusan beli baru ajer lah.. susah sikit tak ada petiais ni nak simpan barang2 dan sayuran yg perlu disimpan didalam petiais, hendak ubat-ubatan kan..
Rupanya en.suami dah survey banyak tempat kedai elektrik, so en.suami kata yg diseksyen 3 tu ok.. pergi lah ke kedai tu .. mula-mula nak ambil Samsung juga.. yg besar sikit hehehe.. pastu terfikir pulak cukup ke ruangan yg sedia ada tu.. balik semula ke rumah untuk ukur ruang tu sebelum beli petiais.. tengok ruangan tu 37" .. 
Pastu en.suami tengok pulak petiais Sharp ni .. ukur-ukur besar 32". ehhhh tadi kata nak ambil Samsung.. rupanya en.suami tengok warranty Sharp ni 12 tahun dan Samsung hanya 10 tahun.. tanya adik yg jual tu.. dia kata Sharp yg paling lama dan baik kak.. saya sendiri pun guna Sharp.. en.suami kata jenama ni zaman dia kecik-kecik dah ada kan.. hehehe zaman kita juga bang oiii.. bila dikira dan diukur dengan Samsung tadi besar lagi Sharp dan beza harga hanya RM100 je tu.. ikut suka abang lah.. janji ada petiais kihkihkih..

Lepas tu en.suami terpandanglah pulak hood yg sedut asap bila kita masak tu kan.. sebelum ni saya guna yg kipas tu.. tapi dah dua kali ganti dan rosak.. dah alang-alang membeli di belinya sekali hood tu.. en.suami tak tahan berbau satu rumah bila menggoreng dan masak kari di rumah tu hehehe.. 
Boleh lah saya berinovasi lagi memasak didapur tu kan.. suka hatilah.. bila dah beli dua barang ni mula lah tawar menawar.. gitew gini.. termasuk GST jadilah kedua barang tu RM3,000.00 dik non oiii.. adik tu kata sebab agen 04 bang.. rupanya dia pun orang Melaka.. Daerah Jasin juga .. cuma lain kampung jer.. adik tu Chincin .. en.suami Chohong.. hahaha.. mula bercerita tempat ini tempat itu melenjan masa kecik-kecik dulu.. lombong mana gi mancing.. air terjun dan kolam air panas mana mereka berendam.. pastu ada tempat air terjun tu dah upgrade.. cuti tiga hari tu dia balik kampung gi mandi-manda jer dengan anak-beranak.. mula-mula saya ingat di Melayu look chinese gitu mukanya.. rupanya cina piorrr.. fasih sungguh bahasa melayu dia.. 
Oleh kerana orang kampung kan.. malam tu jugak di hantar kedua barang tu dan siap pasang hood tu hehehehe ~__^

20 ulasan:

  1. Wahhhhh nak satu benda dapatnya 2 benda....Rezeki Hari Ibu tu namanya hihi..... Esbok barulah nampaknya Raya ni haha.... Sakan menyimpan lembu le gamaknya kikiki.....

    Memanglah..... susah kalau esbok rosak ni, ikan ayam tu nak letak kat mana? Ye dak!Esbok lama tu mmg dah patut ganti kot ek CH? Dah lama...

    So yang lama tu sudahnya macamana? Boleh elok ke tidak tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye la Nom..
      10 taun berkhidmat dengan CH esbok tu..
      patutlah diganti baru kan..

      Yang lama tu letak tepi dulu Nom..
      Kata nak datang baiki hari ini..
      Tak taulah macam mana boleh elok ke tidak Nom..

      Weyyy berbunga riang dapat dua sekali Nom hahhaha :D

      Padam
  2. wahhhhhhhhhhhhhh berseri2 dapur akak yeakkk....ade gajet baru....heheheeheh....alhamdulillah.... seronok dan lancar keje kite kat dapur kan kak..semangat rajin pun satu macam lain bile ade gajet baru nieh.....ehh tapi akak mmg rajin...tu kalo lieya laa kahkahkah....

    betul kak, esbok ni bende penting....kalo rosak issshhh tak tau le nak buat camne.... nak beli barang basah2 hari mmg payah lee sebab bekerja...kalo dok umah semata boleh le kot....ape2 pun syok le kak dpt esbok baruuuuuuuu ekekekekeekekek

    BalasPadam
  3. phewwitttt..santek santek..falsya suke kaler itam...

    BalasPadam
  4. mmg memikat n menawan hati hitam tuh kak... kire ok tuh rm3k dpt dua barang ngn peti ais yg besar gabak tuh... puas hati...
    menipu btul org baiki petiais tuh... dpt rm250 pastu 3 hari je elok... ntah2 dh lesap kt mana...

    BalasPadam
  5. wahhhhh cantik! makin berseri lah dapur akak ;)

    BalasPadam
  6. OK LA ..DPT GADGET BARU KAT RUMAH .. PASNI KENA LEBIH RAJIN MEMASAK

    BalasPadam
  7. Peti ais kalau tak ada di rumah memang boleh hilang mood masak bagai. Mana nak simpan bebanyak semua kan Yati. Legalah bila dah ada.

    BalasPadam
  8. wah bestnya petiais baru..nanti susun atur dlm petiais pon mesti menarik..

    BalasPadam
  9. WAH SUKANYA YATI DPT PETI AIS BARU...MAHAL JUGA KAN..TAPI ALAH MEMBELI MENANG MEMAKAI..

    BalasPadam
  10. lama rupanya waranty nya ye yatie..acik pun tak tau
    acik nya peti ais hitachi..Alhamdulillah dah 11 tahun masih elok lagi

    BalasPadam
  11. akhirnya si hitam jd pilihan...bestnya ada esbok baru huhu

    BalasPadam
  12. Tu dia kak.. peti ais dapat hood pun dapat. makin semangat la nak masak ye kak

    BalasPadam
  13. wah rezeki tu..dapat 2 barang sekaligus kak yati, lepas nih lebih seronoklah memasak didapur tu

    BalasPadam
  14. wow best! setiap kali lalu depan peti ais, sila betulkan rambut ya.. all in 1

    BalasPadam
  15. wah! petiais raya...kikiki...pasni time sahur goreng ikan masin pon dah tak risau bau mengaruk satu rumah...hahaha

    BalasPadam
  16. wah yatie untung nya
    best tu esbok mmg penting sngt
    kalau tkda esbok macam tkdak nasik jugak rasa nya kan
    benda2 semua nak kena simpan esbok kann
    alhamdulillahh rezeki baikk punya dari en abe tu

    BalasPadam
  17. Padanlah senyum meleret 24-7! Ada peti sejuk baru rupanya. Minta satu dapat dua, siapalah yang tak berbunga-bunga dalam hatikan. Lepas ni lagi bertambah rajinlah CH memasak ya! Masuk dapur aje gembira tengok petisejuk baru, hood baru, mesti banyak memasak pelbagai menu nih ^_^

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)