Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..
Ingat tak entry saya balik kampung 3 hari tu.. bila balik rumah petiais rosak.. hari Isnin tu en.suami panggilah yg baiki alat elektrik ini.. dia kata tak banyak yg rosak ni.. malam ni boleh hantar balik.. memang betul pun .. malam tu dia hantar balik .. kenalah RM250.00 upah baiki..
Malangnya hanya bertahan 3 hari ajer yg rosak tu.. panggil balik tukang baiki tu.. dia kata petang esok dia datang baiki.. dia kata boleh baiki kat rumah tu jer bang.. ok lah tunggu lagi.. tunggu dan telefon lagi dan lagi dan lagi.. tiada juga menjelma budak yg baiki.. geram juga en suami di buatnya..
Oleh kerana tak tahan nak menunggu sibaiki tu.. pada hari sabtu ambil keputusan beli baru ajer lah.. susah sikit tak ada petiais ni nak simpan barang2 dan sayuran yg perlu disimpan didalam petiais, hendak ubat-ubatan kan..
Rupanya en.suami dah survey banyak tempat kedai elektrik, so en.suami kata yg diseksyen 3 tu ok.. pergi lah ke kedai tu .. mula-mula nak ambil Samsung juga.. yg besar sikit hehehe.. pastu terfikir pulak cukup ke ruangan yg sedia ada tu.. balik semula ke rumah untuk ukur ruang tu sebelum beli petiais.. tengok ruangan tu 37" ..
Pastu en.suami tengok pulak petiais Sharp ni .. ukur-ukur besar 32". ehhhh tadi kata nak ambil Samsung.. rupanya en.suami tengok warranty Sharp ni 12 tahun dan Samsung hanya 10 tahun.. tanya adik yg jual tu.. dia kata Sharp yg paling lama dan baik kak.. saya sendiri pun guna Sharp.. en.suami kata jenama ni zaman dia kecik-kecik dah ada kan.. hehehe zaman kita juga bang oiii.. bila dikira dan diukur dengan Samsung tadi besar lagi Sharp dan beza harga hanya RM100 je tu.. ikut suka abang lah.. janji ada petiais kihkihkih..
Lepas tu en.suami terpandanglah pulak hood yg sedut asap bila kita masak tu kan.. sebelum ni saya guna yg kipas tu.. tapi dah dua kali ganti dan rosak.. dah alang-alang membeli di belinya sekali hood tu.. en.suami tak tahan berbau satu rumah bila menggoreng dan masak kari di rumah tu hehehe..
Boleh lah saya berinovasi lagi memasak didapur tu kan.. suka hatilah.. bila dah beli dua barang ni mula lah tawar menawar.. gitew gini.. termasuk GST jadilah kedua barang tu RM3,000.00 dik non oiii.. adik tu kata sebab agen 04 bang.. rupanya dia pun orang Melaka.. Daerah Jasin juga .. cuma lain kampung jer.. adik tu Chincin .. en.suami Chohong.. hahaha.. mula bercerita tempat ini tempat itu melenjan masa kecik-kecik dulu.. lombong mana gi mancing.. air terjun dan kolam air panas mana mereka berendam.. pastu ada tempat air terjun tu dah upgrade.. cuti tiga hari tu dia balik kampung gi mandi-manda jer dengan anak-beranak.. mula-mula saya ingat di Melayu look chinese gitu mukanya.. rupanya cina piorrr.. fasih sungguh bahasa melayu dia..
Oleh kerana orang kampung kan.. malam tu jugak di hantar kedua barang tu dan siap pasang hood tu hehehehe ~__^

