Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 28 September 2016

Raikan Cinta Anak Geng Sekolah.. πŸ˜πŸ˜πŸ˜™ ^__^

Assalamualaikum kekawan..
Semga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..

Pada hari Ahad 25.9.2016 memenuhi undangan perkahwinan anak geng sekolah.. menyambut 2 menantu sekaligus.. Seorang menantunya dari obesi lah ye .. tu Normilah kata "Korang jangan terperanjat ye, menantu aku seorang ni dari obesi, pastu gelap pulak" hahhaha ada-ada jer ko ni Milah.. dah itu jodoh dia kan.. Normilah sekeluarga tinggal di Perth Australia.. Jadi anak dia yang seorang tu nurse.. jadi berkenan pulak si hitam manis yg berbangsa negro, lupa lak nak tanya milah negara mana asal menantunya tu.. seorang doktor di hospital yang sama anak milah tu bertugas.. seorang lagi menantunya dari gombak.. anak milah ni dua-dua perempuan...

Normilah yang bertudung hitam baju coklat tu.. apabila macam ni lah dapat jumpa kawan-kawan sekolah balik.. siap lah berpelukan kami ni .. cerita macam2 hahaha..

Ini group pertama datang saya sempat berjumpa dijalanan .. saya sampai mereka dah nak balik dah.. gambar2 ni ambil dari grup wasap lah.. saya sampai pun dah 1.30pm.. jumpa group yg sampai sama jer lah.. 

Ini goodies dari Milah.. lapik masa kita nak makan tu, coklat dan wafers untuk anak2 dan telur pindang tu dan juga bahulu coklat urai.. suami Milah ni asal Johor.. best telur pindang tu dah lama saya tak makan.. anak2 pun baru merasa.. ada rasa rempah lah mama tapi sedap..

Disitu ada disediakan booth untuk bergambar.. ini memenuhi kehendak kak Nabilah lah.. Nabil rendah terpaksa diangkat oleh en suami utk kena pada kamera tu.. kalau tidak nampak kepala ajer.. hihihi..
Meriah sungguh kenduri kahwin anak-anak Milah..
Semoga ikat perkahwinan kekal hingga ke syurga dan berbahagia hingga ke akhir hayat..


10 ulasan:

  1. Alhamdulillah... kawan Yati dah ramai yg bermenantu
    Nak tunggu anak Yati mahu belas tahun lagi kan...
    Memang meriah kalau ada dua pasang pengantin.

    BalasPadam
  2. saya jugak sering ditanya bila nak dapat menantu..
    yg sulung baru 24 th..calon pun takde lagi hehe

    BalasPadam
  3. Ramai juga kawan kak yati dh terima menantu ni...
    Meriah n bestlah...dpt jumpa geng zaman belajar2 dulu

    BalasPadam
  4. Menantu obersi, hehehe...

    Wah, ramai kawan CH dah bermenantu ni. Tak lama lagi CH pergi melawat kawan yang baru bercuculah nampaknya. Nak tunggu anak-anak sendiri, lambat lagilahkan CH. Sama teamlah kita ^_^

    Telur pindang tu sedap walau pun berbau busuk tau. Tak rasa tak tahu. Itulah keistimewaan kalau kahwin dengan orang Johor. Eh, tapi masa saya kahwin awat mak saya tak sediakan telur pindang untuk tetamu ek! Nak balik tanya maklah kenapa!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ingat lagi ke mak awak tu MD..
      Nak ditanya mengapa tak dibuat telur pindang masa kenduri kahwin MD tu hihihi..

      Tu lah dpt menantu obersi hitam gelap kata Milah..
      Tengok songkok pun tak mmpk..
      Nasib baju putih..

      Padam
  5. selamat pengantin baru kpd kedua mempelai moga berkekalan bhgia bersama

    BalasPadam
  6. Tahniah utk Normilah, Selamat Pengantin Baru untuk Pengantin Pengantin yg diraikan.... Gelap gelita pun manusia jugak, doktor lagi you.... Yg penting imannya tu.

    Laki dia keje sana ke CH? Ke dia yg keje kat sana?
    Minggu ni pun ada kawan satu sekolah yg kawenkan anak kat Banting....mcm nak pergi tp tengok mood Pakcik tu, mau ke tidak. Harapnya naklah....

    Ohhh Bagus jugak ye tuanrumah sediakan photographer sekali, sakanlah ko ye Tie hihi...

    BalasPadam
  7. kalau kenduri kahwin menyambut 2 menantu ni meriahlah kan.
    tambah2 ada menantu bangsa asing, mesti yg datang pakat2 nak tengok ye dak?
    ramai kawan akak yg dah bermenantu ya.

    BalasPadam
  8. alhamdulillah..dah bermenantu anak kawan CH

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)