Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Sabtu, 24 September 2016

SOS LADA HITAM



Sos lada hitam

Bahan-bahan ( ramai org boleh cicah )

2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji bawang besar(potong dadu)
sebiji tomato (potong dadu)
seketul kiub ayam knors
2 cawan air
sedikit kicap pekat
sedikit sos cili/sos tomato
garam dan gula secukup rasa
1 sudu lada hitam(tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera
tepung jagung(standby)

Cara-cara

Cairkan butter dengan api kecil.
Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
Masukkan kiub ayam dan kacau.
Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau
Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.
Boleh dihidangkan semasa bersama kambing panggang.

Sumber : Facebook

5 ulasan:

  1. SELAMAT BERHUJUNG MNGGU..BUAT SAMBAL DISAMPAN UTK CICAH APA SAJA OK TU...

    BalasPadam
  2. Apa yang boleh digantikan dgn kiub ayam..

    BalasPadam
  3. Kena bakar kambing ni atau arnab baru enak dicicah dgn sos lada hitam.

    BalasPadam
  4. Saya suka buat sendiri sos lada hitam ni apatah lagi bila buat roasted chicken ala kenny roger gitu ^_^

    Rajinkan saya, rajinkan, kan, kan ~_^

    BalasPadam
  5. Rajin jugak buat sos lada hitam sendiri kalau tetiba rajin nak makan chiken grill buat sendiri.....Tapi kalau time rajinlah..... time tekak sendiri teringin, kalau tekak Pak Jilap teringin terus ajak makan kedai haha....

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)