JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 30 September 2016

YA ALLAH.. Jangan Engkau Jadi Aku Ini Hamba Mu Yg Lalai..😟😌



Assalamualaikum kekawan..
Salam Jumaat yang barakah.. semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..




Sila baca tanpa ada gangguan bunyi-bunyian dan kalau boleh di dalam bilik berseorangan. PERCAYALAH!! AIR MATA ANDA AKAN MENGALIR TATKALA SELESAI MEMBACA DIALOG INI.

Dialog TUHAN dan manusia
.
Tuhan: "hamba Ku, bangunlah! Lakukan solat malam 11 rakaat!"
.
Hamba: "Ilahi, aku lelah, tidak sanggup rasanya."
.
Tuhan: "hamba Ku, lakukan 2 rakaat syafa' dan 1 rakaat witir saja!"
.
Hamba: "Ilahi, aku lelah dan rasanya sukar bagiku untuk bangun di tengah malam."
.
Tuhan: "hambu Ku solat witir saja.."
.
Hamba: "Ilahi, aku letih sekali, apa tidak ada cara lain?"
.
Tuhan: "hamba Ku, wudhuklah sebelum tidur lalu menatap ke langit katakan YA ALLAH..."
.
Hamba: "Ilahi, aku sudah mengantuk kalau aku bangun nanti mengantuknya hilang."
.
Tuhan: "hamba Ku, tayammum saja di tempat tidur mu dan katakan YA ALLAH.."
.
Hamba: "Ilahi, udara terasa sejuk sekali, aku tak sanggup mengeluarkan tanganku dari dalam selimut."
.
Tuhan: "hamba Ku, kalau begitu sebut saja dari dalam hati YA ALLAH, dan akan kami hitung itu sebagai solat malammu."
.
Sampai disini si hamba sudah tidak peduli kerana tertidur lena.
.
Tuhan: "lihatlah wahai malaikat Ku, bagaimana telah Aku mudahkan semua baginya, akan tetapi dia pergi dari Ku dan tidur tanpa meninggalkan apapun..
Bila datang waktu subuh bangunkan dia agar dia bermunajat pada Ku, Kerana Aku merindukan suaranya."
.
Malakat: "Ya Ilahi, telah kami bangunkan dia tapi dia kembali tidur."
.
Tuhan: "bisikkan di telinganya bahawa Aku menantinya."
.
Malaikat: "Ilahi, dia tetap tidur."
.
Tuhan: "katakan, sudah azan...sebentar lagi matahari terbit. Bangunlah sebelum habis waktu subuh kerana aku ingin memberkati sepanjang harinya."
.
Malaikat: "Ilahi, apa Engkau tidak ingin marah padanya?"
.
Tuhan: "Hamba ku tidak memiliki siapapun selain Aku, Aku menangguh marah Ku menunggu dia bertaubat. Hamba Ku, ketika engkau solat Aku memandangmu, seakan Aku tidak memiliki hamba selainmu... Namun engkau lalai seakan kau memiliki ratusan Tuhan....??!.
.
Betapa PENYAYANG ENGKAU YA ILAHI..
Betapa PENGAMPUN ENGKAU YA ILAHI..
Betapa AGUNG ENGKAU YA ILAHI... Ampuni kami hambaMu yang lemah ini"
.
P/s Sila repost kepada sahabat2 lain semoga mampu mengejutkan hati yang sedang tidur, jiwa yang sakit. Semoga kita istiqamah. In Shaa Allah.

#sekadar perkongsian

Sumber : WhatsApp

10 ulasan:

  1. Doa ini juga baik utk kita baca sebelum mulakan solat Yati selain 3-qul supaya lebih khusyuk dan tak ingat pasal dapurlah, anaklah, kain ampailah hihi...

    BalasPadam
  2. Ya Allah ya Tuhanku...aku bersyukur pada mu..

    BalasPadam
  3. Ya Allah! Terkesan pulak dialog ni dalam hati, CH. Benarlah ya, betapa mudahnya kita menjadi lalai sedangkan Allah telah permudahkan jalannya untuk kita mendapat pahala!

    BalasPadam
  4. ALLAH MAHA PENGASIH MAHA PENYAYANG...

    BalasPadam
  5. Allah maha pengasih tapi kita yang selalu lalai...Allahuakbar.

    BalasPadam
  6. Allah maha pengasih tapi kita yang selalu lalai...Allahuakbar.

    BalasPadam
  7. Wkmsalam.
    Semoga kita X lalai melaksanakan tanggungjawab kita terhadapNya.

    BalasPadam
  8. Allah tak pernah lupa n abaikan kita, tapi kita yang selalu alpa mengingati Nya..

    BalasPadam
  9. Allah yang maha pengasih.. amiin

    BalasPadam
  10. Aminnnnn....
    Bantulah hambamu ini Ya Allah....

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)