Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 27 September 2016

RENDANG AYAM PUCUK UBI πŸ˜†πŸ˜Š

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..

Buat rendang ayam pucuk ubi ni masa malam sabtu tu.. sebab hari sabtu saya ada training kat tempat kerja.. kena fikir juga anak2 yg tinggal dirumah.. jadi saya masak lah rendang ayam.. pagi tu dorang makan mee goreng.. kakak nabilah ada jadi boleh lah tinggalkan.. yg najeeha ada tuisyen intensif PSRA di rumah ustazahnya .. siap tidur sana lagi.. hari ahad baru balik...

Kali ini saya regukan dengan pucuk ubi, ini gara-gara kawan saya wasap dalam geng grup suka masak tu.. memang sedap kekawan.. boleh ganti pucuk maman lah kan.. Kebetulan kak ngah saya bagi ayam kampung sebelum raya haji tu hari .. tapi tak sempat pun masak masa raya haji tu.. 
Jom intai resepi saya yg mudah ni..

RESEPI RENDANG AYAM PUCUK UBI
Bahannya :
- 1 ekor ayam dipotong ikut size anda suka.
- 1 kilo santan pekat
- 150gram kerisik
- 2 btg serai di ketuk.
- 2 helai daun kunyit dihiris halus
- 1 keping asam gelugor
- 1 biji buah pala ditumbuk
- 3 helai daun limau purut
- 1 Ikat pucuk ubi ~ dicelur dulu kemudian tos kan
- Garam secukup rasa.

Bahan kisar :
- 5 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 2 inci kunyit hidup
- 1 inci lengkuas
- 3 btg serai dihiris halus
- 1 mangkuk kecil cili kering yg telah dikisar.
- Air secukupnya.
Satukan semua bahan diatas dalam pengisar dan kisar halus.

Caranya :-
1. On periuk noxxa dan tekan butang stir fry. Masukan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik minyak. Off periuk dgn menekan butang on/off tu.
2. Masukan ayam dan gaul mesra, lepas tu masukan asam keping dan santan , kacau mesra lagi.
3. Kemudian ON periuk semula , pasang penutup rapatkan , pusing tombol pressure dan tekan high pressure set sehingga 7 minit. 
4. Bila dah berbunyi , pusingkan nob kearah steam dan biarkan wap keluar sebelum membuka penutup.
5. Oleh kerana saya hendak rendang yg kering , tekan butang stir fry tu. Bila tinggal sedikit kuah masukan  buah pala, kerisik, serai dan daun kunyit yg di hiris tadi . Kacau sebentar , kemudian masukan pucuk ubi dicelur tadi. Kacau lah sehingga kering yg dikehendaki.
6. Kemudian bila dah elok kering boleh lah di off kan periuk tu. Siap utk dihidang.



Memang sekejap aje masak guna noxxa ni kan.. pukul 10.00pm semua dah siap.

Sebelum saya merendang tu saya rebus dulu nasi impit .. guna noxxa juga.. 25 minit dah siap.. caranya disini rebus nasi impit by noxxa.
Usai saya memasak tu.. apa lagi kakak nabilah pun merasmikannya.. dia kan pembantu saya.. tolong goreng kelapa dan tumbuk kerisik lagi heheheh.. jadi dia kata patut kakak rasa dulu ni.. wala wala memang sedap mama.. pucuk ubi ni pun sedap regunya.. nanti saya nak buat rendang pucuk ubi ajer lah macam Kak Noor blogger Bicara Kak Noor tu.. sedap tengok.. arwah mak pernah buat guna pucuk paku.. dulu pucuk paku petik tepi sungai jer senang lah.. sekaran secekak kecik pun dah RM2.50 seikat kan..

15 ulasan:

  1. tak pernah lagi try rendang letak pucuk ubi.

    BalasPadam
  2. salam kak..wahhh nampak sedap sangt kan... belum pernah try rendang pucuk ubi ni... dgn Noxxa segalanya mudah... hihi

    BalasPadam
  3. WAH SEDAP SGT NAMPAKNYA TU BOLEH CUBA NI TKSH KONGSI RESEPI

    BalasPadam
  4. rendam ayam mkn..pucuk ubi tk mkn

    BalasPadam
  5. Sedap pastinya
    Kakak kena cuba ni Yati sebab rendang ayam letak pucuk ubi kakak tak pernah buat lagi.

    BalasPadam
  6. bestnya ada noxxa tuh kak... dana dok ush2 jgk nk beli...
    memudahkan keje2 memasak

    BalasPadam
  7. Baru tahu ni ada resepi pucuk paku letak dalam rendang. Memang rare ni...mesti sedap

    BalasPadam
  8. KALAU ANAK2 SAYA DEPA PILIH AYAM JA..PUCUK UBI TAK MAKAN HEHE

    BalasPadam
  9. Resepi bru ni nmpkmmcm sdpppp jer
    Pakej ada sayur skli
    Tq resepi boleh cuba nti

    BalasPadam
  10. Wah, boleh cuba try menu ni.
    Ayam kampung ada,
    Pucuk ubi pun banyak.

    BalasPadam
  11. Nak masak menu hang ni CH nampaknya mak kena beli Noxxa dululah ek hihi....
    Lama tak makan daun ubi weyh....

    Sebenarnya sayur sayur kampung cenggini mmg membangkitkan nostalgia ek.
    Tp anak tak makan, tu yg mls nak masak tu....tp kalau dah tekak mak teringin, apa kira mak hihi....

    BalasPadam
  12. Nak masak menu hang ni CH nampaknya mak kena beli Noxxa dululah ek hihi....
    Lama tak makan daun ubi weyh....

    Sebenarnya sayur sayur kampung cenggini mmg membangkitkan nostalgia ek.
    Tp anak tak makan, tu yg mls nak masak tu....tp kalau dah tekak mak teringin, apa kira mak hihi....

    BalasPadam
  13. tqsm 4 sharing....terliur tgk...kali pertama dpt resepi rendang cmpur pucuk ubi...nyum

    BalasPadam
  14. Mentang-mentanglah ada Noxxa dan ada pembantu di dapur sekarang, lagi ligat CH ni mencuba segala resepi ya. Rendang ayam ni buat saya terliur pulak. Bab pucuk ubi tu takdalah buat terliur mana ^_^

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)