JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 28 Mac 2017

KARI KENTANG VIRAL πŸ˜†πŸ˜…πŸ˜ ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya :)

Hahahaha viral sangat lah kan.. :D 
Kari kentang ni viral kat WA Aweks Blogger yang di ketuai oleh jiran yang balik dari Kundasang tu katanya :p..
Bila tanya masak apa dalam group .. mulalah sorang2 tunjuk apa yang dimasak.. jadi bila gambar kari kentang dikeluarkan oleh mummydearie.. yang dah lama menyelam.. tak timbul2.. blog pun dah 2 bulan dihuni oleh Misteri Wan Peah.. tak gitu ticer Nor Azimah.. jadi semua orang teruja nak mencuba nya.. rasanya saya orang terlewat mencubanya.. :D

Jadi semalam inilah salah satu menu berbuka puasa saya.. dah beli siap-siap 1 kg kentang yg macam ko tu nom.. isi lembut jer.. perghhh memang sedap jiddan ko.. patutlah HD si Mummydiarie suka.. hari-hari kentang pun tak apa hahhaha.. masa WA tu minta juga kat si MD  resepinya tu.. tapi yang saya punya ni versi derhaka sikit.. ikut tekak sendiri jer.. hahhaha..
Moh lah intai resepi kari kentang viral ni ye ;)

KARI KENTANG

Bahannya :-
- 3 biji kentang dipotong ikut suka :)
- 2 ulas bawang putih*
- 3 biji bawang merah* ditumbuk lumat
- Kiub ikan bilis (ikut resepi MD tapi saya ganti dengan segenggam ikan bilis)
- 2 sudu besar serbuk kari
- 1/2 sudu asam jawa (bancuh dengan sedikit air)
- 2 tangkai daun kari ( MD tak letak, saya yg letak biar ada aroma daun kari tu :)
- sedikit garam

Caranya :-
1. Goreng kentang sehingga empok sampai habis dan ketepikan.
2. Kemudian goreng pula ikan bilis sehingga garing, angkat ketepikan.
3. Lepas tu tumis bahan tumbuk bersama serbuk kari, cara saya air asam tu saya gaulkan dengan serbuk kari tu, baru ditumis. Tumis sehingga wangi.
4. Kemudian letak air sedikit hendak bagi kuah basah-basah sikit, kemudian letak sedikit garam , lepas tu masukkan daun kari dan kentang goreng , gaul mesra.
5. Akhir sekali baru masukan ikan bilis goreng, gaul sebentar, tutup api dan angkat.
6. Siap dihidang bersama nasi putih panas. :D

Selamat Mencuba :)

20 ulasan:

  1. wah viral jadinya kentang goreng kari nih, macam patut dicuba juga ni nanti

    BalasPadam
  2. Salam yati...apa kabar?Lama kak atie xsinggah kat sini...blog akak pon dah bersawang2...skrg br nak mop..hehe
    nampak sedap kentang kari tu...blh try jgk nnati!!

    BalasPadam
  3. saya pun dah buat minggu lepas kak. kentang potong dadu ajer, tak buat wedges macam Kak Ton dan Mak tu sebab nak cepat lembut hehe...
    Nampak kak Ti punya sedap lah, saya buat terlebih kering pulak!

    BalasPadam
  4. kari pekat..nalarekek..fingers lickin' good..

    BalasPadam
  5. Hihi.....akhirnya....
    Mak buat masa ni dah jemu Ti....lebih lebih lagi ada orang cakap boleh gemuk kalau banyak makan kentang ni, terus mak stop serta merta. Tunggulah lepas sebulan, kotnya lemak dah menipis haha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaha..
      Akhirnyaaaa..
      Den mencuba jugak Nom oiiii..

      Ye ke boleh gemuk Nom..
      Ok lah tu .. doktor suruh den naik berat badan ni..
      start hari ni masak kentang jer lah hihihi

      Padam
  6. Assalamualaikum!

    Ni datang singgah semata sebab entri ni tau. Kalau ikutkan hati tak mahu keluar bertapa, tak tahan panas ^_^

    Saya pun ada gak letak daun kari CH sebab saya suka bau daun kari. Asal namanya kari aje, saya bantai letak daun kari!

    Nanti den keluar versi kentang masak menu lain pulak eh. Tapi bertabahlah kalau ukurlilit pinggang melebar. Kentang jangan main-main. Sapa suh beli sekilo? Hahaha!

    Dah nak masuk gua balik!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumussalam MD..
      Mana musim panas lagi.. dah musim hujan hahahha..
      Udah2 lah menggua tu hihihi

      Sama lah dgn CH suka letak daun kari kalau masak kena mengena dengan kari ni :)

      Ok cepat bagi versi kentang masak menu lain MD..
      Boleh CH menggemokan badan sebab doktor suruh naikan berat badan ni ..
      Jangan terperanjat tau kalau tak kenal CH sebab dah sama besar dengan GAJAH hahhahah :D

      Padam
  7. Terliurnyaa tengok kak. Heheh. Lepas ni boleh lah try buat macam ni pulak ;)

    BalasPadam
  8. Hihi, teman pun dah buat kentang, tapi teman lebih suka buat sambal kentang taruk ikan bilis goreng, uishh...mmg sedap mkn dgn nasi panas2.

    BalasPadam
  9. sedap kot kalau goreng kering..kari,,kentang..saya terbanyang inti karipap je
    JanjiKita

    BalasPadam
  10. sedapnya yati cara baru mggulai kntang

    BalasPadam
  11. CH, lepas ni PH pun nak masak kari kentang wahahaha!!

    BalasPadam
  12. Sy dah save resepi tu, jk jadi masak, kita tayang dlm group k.. ~_^

    BalasPadam
  13. Sy dah save resepi tu, jk jadi masak, kita tayang dlm group k.. ~_^

    BalasPadam
  14. Ohh ketang tu di goreng dulu eh? Perghhh nak try laaa

    BalasPadam
  15. selalunya goreng kentang utk buat cheesy wedges ja

    BalasPadam
  16. Sedap nmpknya masakan ni..dah tular. Cuma akk belum try masaknya..

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)