Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya.
ππ»ππ»ππ» Senaman LUTUT Osteoarthritis
.
.
Tips Senaman yang dikongsikan ini merupakan senaman yang biasa dipraktiskan di hospital dan juga therapist.
.
Antara senaman-senaman yang disaran untuk diamalkan oleh pesakit lutut :
.
1. Static Quads
Cara senaman ini dilakukan dengan meletakkan tuala kecil, pada bawah pelipat lutut, kemudian secara perlahan-lahan tekan kan bahagian bawah lutut seadanya, tahan dalam posisi kaki yang tegak dan pejal selama 5-10 saat dan diulang kembali sebanyak 10x-15x.
.
2. Straight Leg Raise ( SLR)
Caranya tegangkan hujung pergelangan kaki (ankle), kemudian dengan kaki yang penuh lurus angkat kira-kira satu jengkal sahaja, sebab kalau anda angkat lebih anda tak akan rasa keberkesanan senaman ini. Tahan dalam posisi kaki yang tegak dan pejal selama 5-10 saat dan diulang kembali sebanyak 10x-15x.
Senaman ini kalau anda dapat lakukan sebaik mungkin konfirm kaki akan rasa ringan serta akan mengurangkan tahap sakit pada lutut.
.
3. Side SLR
Tukar Posisi Badan ke tepi, lakukan cara yang sama seperti SLR tadi dan petua nak bagi senaman ni effective, kaki kena sentiasa tegak dan pejal maksudnya penuh dengan kontraksi otot, tahan dalam posisi kaki yang tegak dan pejal selama 5-10 saat dan diulang kembali sebanyak 10x
.
4. Hip Prone SLR
Anda cuma perlu tukar posisi meniarap sahaja, cara nya tetap sama angkat kaki dalam anggaran sejengkal, dalam posisi kaki yang tegak dan pejal selama 5-10 saat dan diulang kembali sebanyak 10x-15x.
.
5. Adductor Rise
Ianya merupakan senaman yang penting kalau anda nak kuatkan seluruh struktur lutut anda. Caranya baring mengiring, kemudian angkat kaki dalam anggaran sejengkal, dalam posisi kaki yang tegak dan pejal selama 5-10 saat dan di ulang sebanyak 10X lagi.
Sumber : Facebook
lama tk senaman hehe
BalasPadamilmu berguna, thanks share :)
BalasPadamjom2
BalasPadamTi....hang dah cuba ka? Aduhhhh den nak angkat kaki pun malas ni hihi
BalasPadamKena ada lagu sekali tu, baru ada semangat... ayuh!
BalasPadamNampak mudah je caranya kan ti...tapi tang nk buatnya tu malas.
BalasPadamKENA RAJIN BUAT SENAMAN LUTUT JUGA
BalasPadamnampak mudah n tak susah sgt boleh la sesekali sambil nengok tv kite bt senaman ni ye kak....
BalasPadamada jgk manafaatnya
Kakcik pun sekarang sambil baring-baring buat senaman lutut macam dalam rajah tu. Diajar oleh ahli fisio di haspital tempohari. :)
BalasPadamMeh kita ramai-ramai cuba Yatie. Nampak mcam mudah dan senang je tu... sambil baring-baring tengok TV pun boleh buat...
BalasPadamsenaman2 macam dah malas lah yatie
BalasPadamtak tau lah kenapa
faktor usia kot hahaa
P/s baru kaknoor baca yatie nak benih scotch bonnet kan
bagi lah address nanti kaknoor pos kan ok
bagus amalkan senaman ni
BalasPadamterutama untuk warga yang dah jadi emas ni
waalaikumussalam kak yati..bagus untuk dicuba ni
BalasPadamDen Alhamdulillah dah hilang sakit lutut, den Amal makan vivix Shaklee, mahal juga, tapi pejam je mata sbb nk sihat.
BalasPadambagus senaman utk lutut ni. cegah awal selagi masih sihat
BalasPadamwohoooo sambil baring boleh buat ni hehe..
BalasPadam