JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 16 Oktober 2017

Apabila di serang GERD.. 😷

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Hari sabtu 14 oktober 2017 .. pukul 7.30am pagi telah menyerah diri di hospital DEMC untuk temujanji menjalani endoscopy. Saya tak cemas sangatlah sebab dah pernah membuatnya.. 

Saya orang pertama pada pagi tu, pukul 8.30am saya dah masuk bilik rawatan. Saya dibius separuh badan jer.. mamai juga heheπŸ˜†
Bila saya sedar pada pukul 10.00am.. saya tanya kak nabilah "bila mama dah ada atas katil ni?".. "Laaa mama ni, kan mama yg naik sendiri tadi"ujarnya.. hahaha memang mamai sungguh saya ni.. Pukul 12.30tghri saya discharge.. doktor kata tunggu keputusan darah seminggu lagi ye.. nanti jumpa.. utk yg endoscopy tu keputusannya masih boleh dikawal.. makan ubat yg saya bagi ni selama sebulan. Tengok macam mana ye ujar doktor pakar tu..
GERD ni berpunca dari gastrik kita yg teruk.. kekawan boleh tanya en googleπŸ˜† banyak info yg kita akan dapat.. buat masa ni saya makan  yg rebus2 dan tak pedas.. jaga pemakanan itu penting..

Sepanjang saya di hospital tu.. kakak nabilah yang menjaga saya.. dia juga yg bagi tahu keadaan saya di group whatsApp.. terima kasih kak nabilah.. jaga mamaπŸ˜πŸ˜™πŸ˜˜

15 ulasan:

  1. Alhamdulilah selesai sudah endoscopy....moga yatie semakin sembuh.Kiranya pengalaman ke dua lah ni ya.Akak banyak juga membaca pasal endos ni,tapi kebanyakannya bius satu badan.
    Mujor ada kak nabilah ,dapatlah jaga yatie ya...

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah dah selesai..moga segera pulih kak.

    BalasPadam
  3. semoga kak yati semakin sembuh..kena jaga makan tu kak

    BalasPadam
  4. Semuga Yatie cepat sembuh... mujur ada kak nabilah tolong jaga ya.

    BalasPadam
  5. didoakan cepat sembuh..jaga makan..

    BalasPadam
  6. moga cpt sihat ye kak...

    alhamdulillah, anak dara akak dh boleh di harapkan...
    ni dh boleh kuar ward blm kak?

    BalasPadam
  7. Semoga cepat sembuh kak.. Alhamdulillah ada anak yang boleh menjaga maknya..

    BalasPadam
  8. Get well soon, CH. Semoga sembuh dan sihat seperti sediakala. Baik Nabilah ni. Sayang mama dia.

    BalasPadam
  9. Bila dah makin berusia, mcm2 penyakit singgah Kan? Adat sihat lawannya sakit, sabar dan tabahla yea CH.

    BalasPadam
  10. Mg CH cepat sembuh, patutlah sehari dua ni group kita sunyi.

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah semuanya dah balik mcm biasa. Moga Allah sembuhkan penyakit hang Ti.

    Untung ada anak pompuan sulung yg bertanggungjawab. Senang hati mama ek

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)