JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Bak Choy Sos Tiram Tofu Telur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bak Choy Sos Tiram Tofu Telur. Papar semua catatan

Jumaat, 6 Jun 2014

BAK CHOY SOS TIRAM TOFU TELUR :)

 Assalamualaikum kekawan.. 
Salam Jumaat yg barakah.. Moga sihat dan ceria :)

Saya masak sayur ni semalam .. sayur ni dan Tofu Telur ni kegemaran kami anak beranak.. hendaknya kakak Nabilah cukup suka sangat.. bertambah-tambah sayur dan tofu telurnya dalam pinggan.. yang nabil pulak suka meratah tofu telur tu..
Kak Najeeha tekak kampung sikit.. kalau lauk dan sayuran kampung dia suka sangat.. suka kalau saya goreng pucuk paku tu :)


Bahan yg cukup mudah dan cepat dimasak.. inilah antara lauk weekdays saya.. perlu yg cepat sahaja.. ialah balik kerja dan terkejar-kejar nak masak untuk dinner kan..
Jom intai resepi saya yg mudah ini kekawan :)

RESEPI BAK CHOY SOS TIRAM TOFU TELUR 

 Bahannya :-
  • 1 bungkus taufa telur
  • 300 grm sayur  bak choy
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1/2 inci halia dihiris
  • 1/2 batang lobak merah dipotong
  • 3 sudu besar sos tiram
  • air secukupnya
  • garam
Caranya :-
  1. Bersihkan sayur bakchoy toskan. Letak tepi
  2. Goreng taufa telur yg telah di potong bulat sehingga kekuningan, angkat ketepikan.
  3. Tumis halia dan bawang putih kekuningan,kemudian masukan air dan sos tiram, masukan lobak merah.
  4. Lepas tu masukan sayur bakchoy dan garam. Tutup sebentar sehingga sayur masak..
  5. Akhir sekali masukan  taufa yg digoreng tadi serta rasakan garamnya
  6. Siap utk dihidang.
P/S : ini entry auto publish.. jumaat-ahad saya balik kampung mertua..