JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Big days - Syuhaidah Amirul. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Big days - Syuhaidah Amirul. Papar semua catatan

Khamis, 2 Februari 2017

BIG DAYS :: SYUHAIDAH 💘 AMIRUL - 27 JANUARI 2017 ❤💖💝💞

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..

Minggu lepas adalah minggu yg agak sibuk pada saya kerana kakak andak melangsungkan perkahwinan anak perempuannya pada hari ahad 27 Januari 2017. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan meriah walaupun sederhana.

Selepas asar lebih kurang pukul 5.00pm bermula majlis nikahnya, punya lah tergesa-gesa untuk ke Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sehingga terlupa nak bawa pelapik duduk nikah tu.. Alhamdulillah jalan clear sebab budak sekolah dah bercuti pada hari khamis tu kan.. Kami bertolak dari rumah pukul 3.30pm sampai disurau JAWI tu pukul 4.15pm, solat asar terus majlis akad nikah dijalankan.

Pada hari khamis tu saya dah bercuti, kak andak minta tolong buat hantaran, itulah hasil keras tangan saya bersama kak alang dan uda adik saya.. dah letak bunga-bunga cantik ajer lah jadinya... ye dok kekawan :D

Pagi jumaat tu kami mula pulak berinai.. mujur ada anak kawan sekolah yg boleh lukis inai di tangan.. ambil pakej sekeluarga anak cucu berinai RM100 hihihi.. halus seni lukisnya.. saya pun tak ketinggalan hihihi.. dua2 belah tangan berinai .. kalah pengantin hahahha..

Selepas maghrib kami mengadakan bacaan yassin dan tahlil untuk arwah mak dan abah, pada 17.1.2017 genap 2 tahun arwah abah meninggalkan kami.. Alfatihah
Majlis bacaan bersama dengan anak-anak tahfiz dari Maahad Thafiz adik saya yg menjadi mudir tu.. ramai adalah 20 ++ yang hadir.

Selepas isyak lebih kurang pukul 9.00pm pihak pengantin lelaki datang untuk majlis persandingan. Untuk malam tu kami guna katering saja untuk hidangan makan. Ini juga ambil dari kawan sekolah saya juga.. makanan yang dihidangkan memang sedap-sedap belaka.

Kegembiraan buat kami sekeluarga walaupun majlis yg sederhana. Kakak Andak saya ni seorang yang tabah, sebelum kenduri kahwin tu suaminya terpaksa dibuang 2 jari kaki kerana sakit kencing manisnya. Pada hari selasa baru keluar hospital.. kenduri hari Jumaat. Mulanya nak buat majlis nikah sahaja dan majlis persandingan cuti sekolah bulan mac nanti. Tetapi terus aje di langsungkan perkahwinan tu.. lagi pun keluarga pengantin lelaki dari Penang tu senang turun sekali.
Murah rezeki kak andak ni.. pelamin kawan yg sponsor.. begitu solekan, baju pengantin dan photographer di sponsor oleh kawan baiknya.. kalau tidak banyak juga belanja nak digunakan..

Buat Syuhaidah dan Amirul... Mak acik doa kan semoga perkahwinan kamu berkekalan hingga ke syurga..
Layari kehidupan berumahtangga ini dengan aman damai dan harmoni..
Barakallahu lakuma fii khair.. till jannah..