JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Cucur Sosej Ayam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cucur Sosej Ayam. Papar semua catatan

Khamis, 11 September 2014

CEKODOK SOSEJ ... emmm dapnyaaaa :)

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kekawan semua sihat dan ceria selalu :)

Buat cekodok sosej ni dah lama , baru nak tempek kat sini hehe..
Ini gara-gara kak Nabilah dapat cekodok ni di tadika dia transit tu.. masa tu dia nak ambil baju petang nak balik.. jadi cikgu tadi tu hulurlah cekodok ni.. dia pun segan ambil lah satu.. sedangkan ada adik 2 orang dalam kereta ni.. berebut lah merasa mereka bertiga ini.. 

Jadi petang tu jugak saya singgah Mydin beli sosej ni utk buat sarapan esok paginya.. puas hati mereka semua.. siap bawa bekal kesekolah lagi.. Memang sedap kekawan cekodok ni.. en suami pun suka sama.. boleh aje dia menyakat Nabil untuk makan semua cekodok sosej ni..
Jom intai resepi yg mudah ini kekawan :)

RESEPI CEKODOK SOSEJ

Bahannya :-
  • 3 cawan tepung gandum
  • 5 sosej ayam dipotong bulat
  • 21/2 cawan air biasa
  • 1/4 cawan air mendidih
  • 1 biji bawang merah dan putih ditumbuk lumat
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh garam halus
  • 2 biji cili merah dipotong dadu
Caranya :-
  1. Campurkan tepung dan garam dalam satu bekas, gaulkan mesra.
  2. Kemudian bancuh bersama air biasa sedikit-sedkit, gaulkan sehingga tidak berketul.
  3. Lepas tu masukan telur, kacau hingga mesra bersama tepung kemudian masukan bawang tumbuk bersama sosej ayam.
  4. Akhir sekali baru dituanf air panas, kacau rata, masukan cili hiris , kacau lagi.
  5. Kemudian jemput bahan untuk digoreng didlam kuali
  6. Masakn hingga kekuningan dan angkat.
  7. Siap dimakan bersama sos atau sambal tumis