Salam Petang Kekawan :)
InshaAllah esok akan berlaku gerhana matahari , lihat dari sumber yg diberi infografik Falak online tu waktu di Shah Alam pukul 8.24am.. hendak jugak menyaksikannya..
Jabatan Mufti Selangor pun dah keluarkan surat hebahan mengenai fonomena gerhana matahari ini dan meminta diadakan solat sunat gerhana matahari di surau serta masjid di Negeri Selangor..
Sukacita dimaklumkan bahawa Fenomena Gerhana Matahari Separa dijangka akan berlaku pada hari Rabu bersamaan 9 Mac 2016 bermula jam 7:24 pagi hingga 9:31 pagi dan menjadi sunnah yang dituntut untuk mendirikan Solat Sunat Gerhana Matahari pada waktu tersebut. Sehubungan dengan itu, adalah digalakkan kepada semua masjid di Negeri Selangor untuk mengadakan Solat Sunat Gerhana Matahari. Kaifiyyah pelaksanaan solat adalah seperti berikut :
KAIFIYYAH SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI
Sunat dilakukan Solat Sunat Gerhana Matahari secara berjemaah. Ia mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah , 4 Ruku' dan 4 sujud, seperti berikut :
RAKAAT PERTAMA
Lafaz niat :
أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوْفِ رَكْعَتَيْنِ لِلهِ تَعَالَى
Yang bermaksud : Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala
1. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
2. Ruku'
3. I'tidal
4. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
5. Ruku'
6. I'tidal
7.Sujud dan seterusnya seperti solat biasa
RAKAAT KEDUA
1. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
2. Ruku'
3. I'tidal
4. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
5. Ruku'
6. I'tidal
7. Sujud
8. Tahiyyat Akhir
Sunat membaca 2 khutbah selepas solat sunat gerhana sebagaimana dua khutbah Jumaat dari segi rukun dan syarat-syaratnya.
http://www.muftins.gov.my/index.php/arkib2/ilmu-falak/927-gerhana-matahari


