JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Goreng Bayam Bertauhu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Goreng Bayam Bertauhu. Papar semua catatan

Selasa, 1 Julai 2014

GORENG BAYAM + TAUHU ... emmm enaknya :)

Assalamualaikum kekawan..
Salam petang yg ceria :)

Ini lauk sahur pagi tadi kekawan.. tapi ambil gambar dah lama ada dalam folder.. en suami saya ni kalau sahur suka makan yg panas-panas.. nasi pun saya masak pagi.. lauk ikan saya goreng malam, pagi baru saya berladakan.. baru berselera nak makan..

Sayur-sayur nak masak dalam minggu ni dah siap saya siangkan.. simpan dalam plastik letak dalam box peti ais belah bawah tu.. jadi pagi tak ada lah terkejar-kejarkan.. 
Saya selalu bangun pukul 4pagi .. buat qiamulail dulu.. 4.30pagi baru start masak tapi nasi saya dah masak awal bangun tido tu.. lepas tu goreng telur dan sayur yg last sekali..

Kekawan bangun masak pukul berapa ye :)
Jom intai resepi saya mudah ini ..

GORENG BAYAM BERTAUHU

Bahannya :-
  • 1 ikat bayam ~ bersihkan
  • 2 keping tauhu ~ potong dadu
  • 1 biji bawang merah dihiris
  • 1 labu bawang putih dihiris
  • Segenggam ikan bilis ~ ditumbuk sederhana
  • Garam
Caranya :-
  1. Panaskan minyak, lepas tu goreng tauhu dahulu kemudian angkat. Ketepikan.
  2. Lepastu goreng ikan bilis , apabila ikan bilis dah nampak sedikit garing, masukan bawang dihiris tadi.
  3. Masukkan sedikit air , rasa garamnya, lepas tu masukan sayur bayam, apabila sayur bayam dah masak.. masukan pula tauhu yg digoreng tadi. Kacau sebentar.
  4. Siap utk dihidang