Assalamualaikum kekawan... moga sihat dan ceria :)
Selain ikan bilis, saya suka juga anak ikan tamban ni buat goreng, masa saya nak singgah beli ikan bilis kat tempat biasa di Pasar Tani Shah Alam tu, terpandanglah ikan tamban yg cantik ni sebab susah sikit nak dapat ikan tamban ni.. ikut musim.. jadi saya beli 1 kilo, saya suruh penjual tu bungkus 1/2 kilo, sebab saya nak beri mak di Kuang, mak pun suka ikan tamban ni
![]() |
| Ikan tamban - Google |
Ini rupa ikan tamban tu kekawan.. memang kena rajinlah untuk membuat kulit putih silver tu..
Kekawan pernah makan ke ikan ni.. selalu kekawan masak apa ye.. saya selalu goreng dengan kentang atau tempe ke..
Sonang jer resepi sambal berlado saya ni kekawan :)
IKAN TAMBAN KENTANG BERLADO
Bahannya :-
- Semangkuk kecil ikan tamban yg siap dibersihkan
- 2 biji kentang dipotong
- 3 biji cili merah*
- 10 biji cili api*
- 4 biji bawang merah kecil* (*dikisar)
- Garam
Caranya :-
- Panaskan minyak, goreng kentang sehingga kekuningan, angkat , ketepikan.
- Goreng pulak ikan tamban sehingga garing, angkat, ketepikan.
- Lepas tu baru ditumis cili yg telah dikisar sehingga wangi, letak sedikit garam ye.
- Kemudian selepas cili masak, masukan ikan tamban dan kentang yg digoreng tadi. Gaul mesra.
- Siap untuk dimakan bersama nasi putih panas.. perghh memang bertambah makan tu ehe :)

