JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Goreng pucuk paku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Goreng pucuk paku. Papar semua catatan

Isnin, 19 Mei 2014

GORENG PUCUK PAKU PODEH.... emmmm berasap tapi sodapppp

Assalamualaikum kekawan.. petang yg ceria ye :)

Goreng pucuk paku ni saya masak masa hari ahad yg lepas, beli masa tengok di pasar tani shah alam tu, elok jer segar bugar.. selalu tengok dah layu tu yg tak kenan nak beli.. hari tu bila tengok segar terus beli 2 ikat, ye lah tengok 1 ikat tu sikit jer kan sekarang ni
..
Selalu saya gulai dengan udang.. hari tu en suami suruh goreng dengan sambal cili api.. dah dasar orang minang bak kata Eye-Nee mesti nak yg podeh gitew hehehe..
Tengahari tu sekali hadap jer saya suami isteri makan.. budak2 tu saya masak goreng sayur bayam dgn sotong.. itu lah sayur kegemaran mereka ..
Jom intai resepi yg mudah saya ni :)

RESEPI GORENG PUCUK PAKU

Bahannya :-
  • 2 ikat pucuk paku (siang dan bersihkan)
  • 2 biji cili merah*
  • 10 biji cili api*
  • 3 biji bawang merah*(*dikisar)
  • 1 genggam ikan bilis yg di tumbuk kasar
  • Garam
Carannya :-
  1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan bilis sebentar, angkat ketepikan.
  2. Goreng cili kisar hingga wangi, kemudian masukkan ikan bilis yg digoreng tadi bersama dengan pucuk paku, letak sedikit air, masukan garam.
  3. Kacau sehingga pucuk paku masak dan rasa garamnya. Jika sedap rasa, boleh diangkat.
  4. Siap untuk dihidang.