JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Keluarga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keluarga. Papar semua catatan

Isnin, 10 Februari 2014

BORONG BUKU DI KARNIVAL KARANGKRAFT..... ^__^

Assalamualaikum kekawan... semoga sihat & ceria ^___^

Karnival ni berlangsung dari hari Jumaat hingga Ahad 7-9 Februari 2014 di Karangkraft Seksyen 15 Shah Alam, jadi pada pagi ahad tu kami pun pergi kesana.. sengaja pergi pagi kerana orang tak ramai waktu itu dan taklah panas sangat kan...

Di pintu masuk ke karnival tu kak Nabilah nak bergambar dengan harimau dan Nabil pula dengan gajah... kak Najeeha tu biasalah mana nak bergambarkan...

Lepas tu masuk dalam sikit ada pameran wau ni... bermacam pula jenis wau... cantik2 pulak tu.. siapa lagi model kalau bukan kak Nabilah... mama pun sama nak enterprame hehehe :)

Masuk dalam tu ada pertandingan mewarna, krew karangkraft tu beriye ajak budak tiga orang tu masuk, ye tak ye mereka masuk juga... atas paksa rela tu hahaha... Nabil yg siap mewarna dulu... suka sangat dia sebab gambar turtle, sama dengan pet nya dirumah yg diberi nama shark.... "wah gambar shark lah mama" katanya apabila tengok gambar yg hendak di warna tu.. itu yg bersemangat sangat nak mewarna tu...

Tak menang pun dalam pertandingan itu, cuma kak Nabilah yg dapat hadiah saguhati... buku novel  Isabelle The Gang dan note pad tu... yg dua orang tu cuma dapat door gift kerana menyertai, ada lah dalam tu air kotak, roti, gula-gula dan note pad .

Selepas tu baru kami masuk kedalam galeri buku jualan tu... kakak berdua tu semestinya novel yg dicarinya dapatlah tiga buah novel tu...

En suami pula berkenan dengan Amazing Al Quran ni... en suami suka kepada terjemahan mengikut perkataan, lepas tu disebelahnya ada ringkasan mengenai ayat tu... beli pakej bersama Al Quran, pun en suami suka sebab tulisannya besar-besar, tak perlu pakai cermin mata kata en suami.. Pakej 2 ni RM125.00

Lepas tu berkenan pula en suami dengan tiga buku mengenai Rasulullah dengan harga RM38.00, penulisnya ada disitu maka mintalah tandatangan buku-buku tu ...

Yang ni buku Nabil, dia yg pilih buku ni, lepas dapat buku ni terus duduk baca .. leka dia membaca buku ni, pada hal belum dibayar lagi.. pada dia leka membaca saya pulak cari buku kegemaran saya pulak...

Apa lagi kalau buku masakan ehe :) murah jer buku ni RM1 satu.. borong 4 jer takut nanti tak termasak pulak.... balik rumah Nabil dengan kakak Nabilah belek-belek buku ni..." eemmmm sedapnya hidangan BBQ ni mama, nanti mama masak yg ini, yg ini" kata nabil... aduh melihat gambar mereka telah terliur... hahaha mama kena rajin masak ni...



Jalan depan lagi terjumpalah buku "Cerita Cinta Ahmad Ammar" ni, saya terus ambil.. rindu saya pada cerita As Syahid ini yg mencetuskan ummah di Malaysia... saya ada buat entri mengenai As Syahid disini renungan-catatan-terakhir-seorang-as syahid... hampir 2,410 yg melihat entri ni... buku ni disusun oleh ahli keluarga dan kawan-kawan GTD dan hasil royaltinya akan di infakkan kepada negara yg memerlukan seperti palastin, syria, mesir dan lain-lain , begitulah kata penerbit buku ni... Semoga arwah mendapat manfaatnya.

p/s Kekawan ahad pergi mana ye :)



Rabu, 4 Julai 2012

Rindu Si Teruna :D

Semasa saya hendak tidur malam semalam, Nabil meluahkan apa yang terpendam dihatinya..
"Mama, Nabil rindulah dengan abah", luahannya.
Saya lihat ke dalam matanya yang sarat dengan kerinduan.
"Nabil tak suka kalau abah pergi kerja jauh" sambungnya lagi.
Maksudnya tidak suka abahnya pergi outstation lah tu.. saya kira dah lima hari en suami berada di Johor Baharu. Semenjak en suami kerja baru ni memang selalu outstation, kerja lamanya dulu office hour, petang jer dah di rumah. Bila maghrib pergi solat ke surau bersama nabil, itulah rutin hariannya dulu tapi sekarang dah jarang sekali.
"Esok abah balik lah", jawab saya kepada Nabil, dia tunduk mendiam diri, rindu sungguh nabil ni, bisik saya didalam hati.
"Nabil tak rindu mama ke?" sengaja saya nak melihat apa jawapannya nanti..
"Nabil rindu mama kalau mama pergi jauh.. macam pergi Mekah itu hari", balas nabil. Memang pun semasa saya menunaikan umrah tahun lalu hampir setiap hari saya menelefonnya kalau tidak pasti dia suruh abahnya telefonkan.
Rindu si teruna..

Bangun pagi saya rasa badan Nabil panas sedikit, selepas sarapan saya bagi ubat demam dan hantar dia ke tadika seperti biasa. Tak sangka pula saya demamnya berlanjutan hingga ke petang. Sewaktu saya mengambil Nabil petang tu, badan dia semakin panas dan dia termuntah di depan pintu keluar tadika itu. Jadi saya terus bawa dia ke klinik, sampai ke klinik dia masih lagi muntah-muntah, hingga nombor giliran dipanggil saya berada di tandas sebab Nabil nak muntah lagi. Di klinik jer dah 3 kali Nabil muntah itu yang saya katakan kepada doktor, bila check suhu badannya hampir 38c panasnya. Demam rindu lah tu..

Biasalah Nabil bila demam buburlah yang diminta, bagi saya tak pe janji dia nak makan kan.. saya masakan bubur itu. Sedang saya menyuapkan bubur pada Nabil, en suami pun balik, dekat pukul 7pm masa tu... dengar saya abahnya bagi salam, terus Nabil meluru kepada abahnya... siap kata "Abah, Nabil demam, rindu betul dengan abah", saratnya rindu di hati teruna saya ni kan.. dan tak disangka abahnya pun demam, suara pun dah serak-serak. Dinner kami malam tu adalah bubur anak beranak.. ehe.. orang tak demam pun kena makan bubur.
Bila demam ini lah makanan yang Nabil minta
habis 2 mangkuk dimakannya
Malam tu nak tidur, Nabil kata pada saya, "Mama boleh tak Nabil nak tidur sama abah", sayu jer saya dengar katanya. "Boleh , lagi pun mama kena temankan kakak Jeeha tidur dibiliknya sebab kakak Nabilah ada kem bermalam di Bukit Kerayong", jawab saya. Kebetulan kak Nabilah ada TKRS dan bermalam disana selama 3 hari 2 malam. Kakak Nabilah ni pun satu, dah kalut-kalut pagi tu, langsung terlupa bawa ayam goreng untuk makannya disana. Nak saya hantar tak tahu tempatnya... Alhamdulillah saya ada bekal Nestum 3 in 1 dan Vico 3 in 1 juga.

Inilah dinamakan kehidupan...