JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Mee Kari Ketam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mee Kari Ketam. Papar semua catatan

Jumaat, 8 Ogos 2014

MEE KARI KETAM...emmmm dapnyaaaa ^__^

Assalamualaikum kekawan..
Salam petang yg ceria :)


Mee kari ketam yg saya buat masa open house keluarga di rumah saya pada hari sabtu.. tak sangka mak cukup suka mee kari ketam ni.. sampai dua kali emak mengulang makan..
Tapi tu la bila makan ketam ni kena sopan lah sikit kan hahaha..
Saya dah sediakan mangkuk utk bekas kulit ketam tu dengan tisu sekotak.. baru selesa nak makan kan..

Saya masak seperiuk besar.. lebih kurang tiga kilo ketam saya masak.. ketam tu elok jer saiz sederhana elok lah saya kerat dua ketam tu..


Sampai ke malam saya menjamu mee kari ketam ni, anak-anak pun suka kan.. 

Jom kita semak resepi yg mudah ini.. yg ni utk 5 orang punya makan.. kekawan boleh gandakan bahan utk berapa ramai yg nak makan ye..

RESEPI MEE KARI KETAM













Bahannya :-
  • 1 biji bawang merah besar*
  • 2 labu bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 2 biji bawang merah kecil*
  • 1 batang serai dihiris*(*dikisar bersama)
  • 2 s/b rempah kari ikan (saya guna baba's)
  • 2 s/b cili kering kisar
  • 1 biji kentang (direbus dan dilenyek)
  • 4 ekor ketam bunga (warna biru) dikerat dua
  • 4 biji tahu di goreng (potong kecil)
  • Rempah 4 sekawan(pelaga,bunga lawang,cengkih dan kayu manis)
  • 1 kiub perisa ayam
  • 1 keping asam keping
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 batang daun kari
  • 200 ml santan
  • Air secukupnya
  • Taugeh dicelur
  • Sawi dicelur
  • Mee kuning dicelur
  • Daun Sup
  • Bawang Goreng
  • Cili merah hiris
  • garam
Caranya :-
  1. Tumis bahan kisar dan rempah yg digaul bersama cili kering kisar bancuh dengan sesudu asam jawa, tumis sehingga naik bau wangi dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Tuang air secukupnya(lebih kurang 1000ml) kacau hingga mendidih.
  2. Masukan kentang lenyek dan santan serta kiub perisa ayam, kacau lagi hingga mendidih, masukan daun kari dan serai diketuk. 
  3. Kemudian masukan ketam , tauhu hiris (separuh ajer) dan perisakan garam. Jika kuah pekat boleh di tambah sedikit air.
  4. Cara menyediakan hidangan, letak mee kuning kedalam mangkuk tuang kuah, tabur cili hiris, bawang goreng, tauhu hiris, taugeh dan sawi.

Syawal Day 6 :: OPEN House Puan BLOG ... menu MEE KARI KETAM.. eemmmm dapnya :)

Assalamualaikum kekawan...
Semoga sihat dan ceria serta didalam rahmat Ilahi :)

Kak alang dan Nurin orang pertama sampai.. so menikmati dulu jamuan..
Pada hari sabtu , syawal ke 6 saya pulak buat jamuan raya untuk adik beradik saya di Shah Alam, pepagi saya dah pergi ke pasar basah SS16 tu, gelap lagi hari hahaha pukul 6.45am saya dah smpi ke pasar, tengok orang pun dah ada.. satu peniaga  jer yg jual ketam, menu utama saya adalah mee kari ketam..

Tengok tu , anak tuan rumah pun sama menjamu mee kari ketam ni..
Orang pertama yg datang adalah kak lang saya dan anaknya Nurin, abg lang dan dua anak lelakinya kerja.. so tak dapat nak datang.. "Sedap betul mee kari ketam Mak Cik ni" kata Nurin.. 

Selepas tu, adik saya uda datang dengan keluarga dan mak n abah, mak nak makan mee kari dulu, suami uda ni nak makan nasi, saya ada juga masak lauk juga..


En suami dengan abah mertua makan nasi, elok lak gambar sama menceduk lauk tu :)
Kemudian adik saya Itam datang bersama 4 buah kereta, tak sempat saya ambil gambar ipar duai adik saya ni, sebenarnya mereka konvoi raya, jadi saya kata tak apa, bawa mereka sama, saya masak banyak, insyaAllah cukup, adik saya itam ni takut kalau tak cukup, alhamdulillah cukup mereka semua makan



Saya jamu juga mereka dengan buah-buahan yg diambil dari kampung tu hari.. rambutan, manggis, mangga, dokong.. tak lupa juga kuih tepung gomak dan bubur pulut hitam dengan nangka.. sedap sangat.. ipar duai adik saya suka dengan bubur pulut hitam dengan nangka.. tak pernah makan  masak dengan nangka ni katanya..

Lauk sampingan saya Sambal Tumis Udang dan Bendi goreng ikan bilis versi podeh :)

Last sekali sessi menderma pulak.. hahaha pandai kak nabilah, itu hari balik kampung dia bawa balik tabung derma sekolah ugama nya tu.. dapat banyak juga di kampung en suami tu.. sekarang disini pulak.. Pak itam kata okey.. pak itam derma untuk satu keluarga pak itam.. uwan dan mak alangnya pun menderma sama hahaha.. Nabilah suruh isi nama setiap anggota keluarga.. biar penuh kad derma tu katanya..