JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Murtabak Maggi Ayam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Murtabak Maggi Ayam. Papar semua catatan

Jumaat, 11 Julai 2014

MURTABAK MAGGI AYAM.. emmm enaknya :)

 Assalamualaikum kekawan..
Salam petang yg ceria :)

Masak murtabak maggi ayam ni pada iftar hari Rabu tu hari.. kakak Nabilah masuk kereta terus tanya.. "mama, kat rumah kita ada mee maggi tak?" 
"ada rasanya, ada apa pulak?" soal saya
"kita buat murtabak maggi nak tak, kakak dapat resepi dari suratkhabar" ujarnya..

Siap dipotong resepi murtabak ni kekawan.. bila tengok resepi ni , mudah ajer, boleh lah dicuba.. bahan-bahan dia pun ada dalam petiais..

Usai solat asar, saya masak nasi dan lauk utk berbuka.. kemudian baru saya dua beranak mula projek membuat murtabak ni, kakak tolong kupas bawang dan hiris sekali daun sup, saya cincang daging ayam dan celur mee maggi. Siap gaul semua, mula menggoreng.. 20 minit semua siap.. sedap di makan masa panaskan.. jadinya 7.20pm terhidang lah murtabak maggi ni..
Jom intai resepi kekawan.. saya guna satu peket maggi jer kekawan.. kalau ikut resepi di suratkhabar tu dia guna 2 peket, kalau kekawan nak makan ramai ikut resepi disuratkhabar tu ye :)

 


RESEPI MURTABAK MAGGI AYAM

Bahannya:-

  • 1 peket Mee Maggi Perisa Kari
  • 100g isi ayam cincang
  • 1 biji bawang besar dicincang halus
  • 3 biji telur
  • sedikit daun bawang dan sup dicincang halus
  • Minyak 
Caranya :-
  1. Celur mee maggi tanpa perencah selama 2 minit, kemudian toskan, ketepikan
  2. Goreng isi ayam cincang, angkat ketepikan.
  3. Pukul telur didalam mangkuk, kemudian masukan ayam cincang yg digoreng tadi, bawang, daun sup, gaul mesra.
  4. Selepas tu masukan mee maggi yg celur tadi, gaul sebati.
  5. Kemudian panaskan minyak masak sesudu besar didalam pan, goreng murtabak mengikut saiz yg dikehendaki. Goreng selama 3 minit. Buat sehingga habis adunan tersebut.
  6. Hidang ketika panas