JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Open House vs Kenduri Kahwin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Open House vs Kenduri Kahwin. Papar semua catatan

Isnin, 11 Ogos 2014

OPEN HOUSE vs KENDURI KAHWIN :)

Assalamualaikum kekawan ...
Semoga berada dalam rahmat Ilahi hendaknya..

Ini cerita hari sabtu saya, dihujung minggu ini semesti memenuhi undangan rumah terbuka atau kenduri kahwin, pertama sekali kami pergi kenduri kahwin anak kawan sekampung en suami di Dewan SIRIM Shah Alam, ada dua pasang pengantin.. nabil bila masuk dewan tu dan terpandang pelamin tu, sibuk bertanya, kenapa ada banyak kerusi pengantin mama.. ada dua pasang pengantin.. kejap lagi pengantin datang lah tu.. hidangan adalah masakan kampung.. itu yg terbaik sebab dah puas makan raya kan.. dengan rendang,kari berbagainya.. sedap pulak saya makan sambal belacan dengan peria celur.. pastu masak lemak nenas ikan masin dan sambal tumis sotong kering... :)

Selepas tu saya pergi ke Bukit Kapar Klang, untuk memenuhi undangan perkahwinan Nazri iaitu suami arwah Sanisah, sahabat saya yg meninggal pada bulan Februari 2014 tempoh hari.. bagi saya perlu beliau membina hidup baru setelah enam tahun menjaga arwah sanisah, kesabaran dan pengorbanan Nazri amat saya hargai.. anak2 pun merestui bilaAbahnya menyatakan hasratnya utk berkahwin. Saya doakan semoga berbahagia dgn perkahwinan ini dan kekal hingga jannah ..


Selepas tu saya pergi kerumah adik ipar saya yg buat open house sambil menyambut hari lahir anaknya Qaseh.. Meriahlah jadinya bila ramai yg datang dengan utk open house kan.. Yang pakai tudung peach tu lah mummy Qaseh aka biras saya..

Sempat juga bergambar dengan mak saudara belah en suami yg hadir ke open house ni..

Banyak betul hidangan pada hari tu, Nasi tomato, Ayam Masak Merah, Lontong Kuah Lodeh, Satay, Mee Kari, lepas tu dengan bermacam kuih muih.. saya hanya sempat buatkan Puding Karamel dan Puding Koktail tu..

Tentu kekawan juga memenuhi undangan pada hujung minggu yg lalukan..