Assalamualaikum kekawan ...
Semoga berada dalam rahmat Ilahi hendaknya..
Ini cerita hari sabtu saya, dihujung minggu ini semesti memenuhi undangan rumah terbuka atau kenduri kahwin, pertama sekali kami pergi kenduri kahwin anak kawan sekampung en suami di Dewan SIRIM Shah Alam, ada dua pasang pengantin.. nabil bila masuk dewan tu dan terpandang pelamin tu, sibuk bertanya, kenapa ada banyak kerusi pengantin mama.. ada dua pasang pengantin.. kejap lagi pengantin datang lah tu.. hidangan adalah masakan kampung.. itu yg terbaik sebab dah puas makan raya kan.. dengan rendang,kari berbagainya.. sedap pulak saya makan sambal belacan dengan peria celur.. pastu masak lemak nenas ikan masin dan sambal tumis sotong kering... :)
Selepas tu saya pergi ke Bukit Kapar Klang, untuk memenuhi undangan perkahwinan Nazri iaitu suami arwah Sanisah, sahabat saya yg meninggal pada bulan Februari 2014 tempoh hari.. bagi saya perlu beliau membina hidup baru setelah enam tahun menjaga arwah sanisah, kesabaran dan pengorbanan Nazri amat saya hargai.. anak2 pun merestui bilaAbahnya menyatakan hasratnya utk berkahwin. Saya doakan semoga berbahagia dgn perkahwinan ini dan kekal hingga jannah ..
Selepas tu saya pergi kerumah adik ipar saya yg buat open house sambil menyambut hari lahir anaknya Qaseh.. Meriahlah jadinya bila ramai yg datang dengan utk open house kan.. Yang pakai tudung peach tu lah mummy Qaseh aka biras saya..
Sempat juga bergambar dengan mak saudara belah en suami yg hadir ke open house ni..
Banyak betul hidangan pada hari tu, Nasi tomato, Ayam Masak Merah, Lontong Kuah Lodeh, Satay, Mee Kari, lepas tu dengan bermacam kuih muih.. saya hanya sempat buatkan Puding Karamel dan Puding Koktail tu..
Tentu kekawan juga memenuhi undangan pada hujung minggu yg lalukan..
wah..mesti seronok kan..
BalasPadam2 dalam 1 ni kan kak..best3
BalasPadamwah kak...meriah nyeeee.... mmg hari gantung periuk semalaysia hah.... 3 tempat terjah....seronok2....meriah tgk menu kak...lieya plak teliur tgk...
BalasPadamlieya pun mcm akak, kalo gi kenduri kawin tu, ade hidang lauk2 kampung tu laa lieya terjah dulu.... selalu kat melaka mcm tu...area kg hubby.... tu sonok kalo pi kenduri kawin tempat die heheheeheh...makan siap leh tambah2 , wat tebal muke je usung pinggan tambah haahahahahaha.....
gantung kuali ni kak yati...jalan2 makan je...noe pun sama gak...tp g open hse le...kenduri kahwin x ada...
BalasPadamAmboiiii berakan-sakan nmpk..kompom naik mendadak badan time raya ni kan T...
BalasPadammeriahnya hari minggu akak....
BalasPadamtahniah pada pasangan pengantin.. bila musim raya macam ni.. di celah celah tu ada yg hidang masakan kampung mmg rasa selera sungguh kan kak..
BalasPadamAcik memenuhi undangan pada hari Ahad..ke Port Kelang dan Ayer Keroh Melaka.
BalasPadamWahh sakannyaa berjalan2 raya yer.. seronok laa kan..dpt jumpa kawan dan sedara mara.. :)
BalasPadamKakak pun pergi kenduri kawen jiran belakang rumah kakak Sabtu lepas Yati. Memang sekarang dah mula musim rumah terbuka dan kenduri kawen.. Menggugat iman mereka yg berpuasa ni hihi...
BalasPadamWah, penuh hujung minggu dengan jemputan kahwin dan open house. Memang merdekalah dapur kat rumah tak perlu menyediakan juadah untuk keluarga. Sesekali bertukar selera bila ke majlis kahwin ni memang boleh bertambah makan jadinya. Tak pedulilah apa orang dok jeling pandang-pandangkan :)
BalasPadammeriahnya hujung minggu akak., jeles kita... hihihi
BalasPadamskg susah nak jumpa kenduri jamu lauk pauk kampung..
BalasPadamKenduri kawin 2 pasang sekali yer..comel... sedapnya makanan yg ada tu
BalasPadambanyaknya jemputan kak yatie oi..memang puas la makan kan..hihihi
BalasPadamhujung minggu haritu ada 1 jer jemputan.
BalasPadamdari jiran sebelah rumah. hehehe
Jarang sangat sekarang ni orang buat kenduri menu kampung. Kalau ada, tentu ia cepat licin.....
BalasPadamtahniah.....
BalasPadamPenuhlah kiranya hujung minggu baru ni ye CH...kenyang perut sepanjang hari tu hehe....
BalasPadamOhhhh dah kawen suami dia yeh.....moga berbahagia hingga ke jannahlah hendaknya
assalam
BalasPadamalhamdulillah meriah suasana syawal ni dgn jemputan sana sini kan
menu2 mcm2 sedap2
emmm blh naik 2kg berat he hee
ve aleykum selam kardeşim, çok güzel fotoğraflar maşaAllah! :))) Allah mes'ud etsin evlenen çifti! :))
BalasPadamwah meriah..
BalasPadammeriah ujung minggu akak. menu masakan kampung memang best!
BalasPadamkemeriahan masih terasa kak...smpai hari ni tak putus2 lagi open house.
BalasPadammeriah...best tu
BalasPadam