JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Pemanggang Ajaib. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pemanggang Ajaib. Papar semua catatan

Sabtu, 3 September 2016

RESEPI BENGKANG ROTI PANDAN MUDAH 😆😊

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..
Salam hari sabtu.. buat apa minum petang ni... tadi dok melayari FB tertengok pulak Bengkang Roti Pandan ni.. nampak sedap.. save kat sini dulu.. nanti petang kita buat ye ;) 😆😊
Menu mkn ptg..
bengkang roti pandan..

Bahan2:
Telur 3 biji*
Susu sejat setngah tin..*
Air pandan 1 cawan*
Susu pekat setngah cwn*
Esen vanila 1 penutup*
sedikit Pewarna hijau *
Tepung gandum suku cwn*
Roti 10 keping
Kismis agak2

Cara2:
Blander bahagian bertanda * hingga sebati.. tuang dlm pemangang ajaib dan gunting roti.. tabur kismis.. bakar 30 mnt api pelahan..

Kredit FB : Aisyah Yahaya

Rabu, 25 November 2015

PIZZA ROTI MUDAH

Assalamualaikum kekawan..


Tak tahu nak breakfast apa pagi tadi utk mereka dirumah yg sedang bercuti ni.. jadi tengok ada roti gardenia sebungkus yg tidak diusik lagi.. tak kan nak makan dgn kaya dan jem ajer.. tentu bebudak tu dah jemukan.. cari lah sesuatu yg lain dan mudah..
Lepas tu teringat pulak Pizza Roti..


Apa lagi terus keluarkan sosej daging dan monzerella cheese itu hari yg masa buat pizza by noxxa tu ada lagi..  
Saya bakar guna pemanggang ajaib tu ajer..
Senang dan cepat masak..

RESEPI PIZZA ROTI

Bahannya :
  • 1 bungkus Roti Gardenia (bungkus pendek tu jer saya guna)
  • Monzerella cheese
  • Sosej daging (direbus sebentar)
  • Cili sos
  • Planta
Caranya :

  1. Sapukan sos cili diatas roti, kemudian taburkan cheese , lepas tu susun sosej yg telah dipotong, kemudian taburkan lagi sedikit cheese diatasnya.
  2. Sapukan planta pada pan pemanggang ajaib tu, kemudian susun roti diatas pan tu, tutup , bakar dgn api yg perlahan dalam 3 minit.
  3. Kemudian jika suka boleh letak sos cili lagi , siap utk dihidangkan.




Khamis, 26 Disember 2013

KEK COKLAT MOIST VS PEMANGGANG AJAIB

Assalamualaikum kekawan.... moga ceria semuanya :)

Hari ini bz betul saya, tengahari baru dapat update blog... buat kek ni projek saya semalam dengan Nabil, dah lama cikgu Nabil ni minta saya buat kek coklat moist ni, masa hari guru tempohari saya bagi kek ni kat Tadika, lepas tu cikgu dia kata pada nabil cikgu suka sangat kek yg mama nabil buat... Jadi semalam baru berkesempatan saya buat sebab memikirkan cikgu nabil tu tengah mengandung, tentu teringin sangat kan... 

Sebenarnya kek ni versi kukus tapi oleh kerana nak cuba bakar dalam pemanggang ajaib ni saya ambil sikit adunannya untuk mencuba... memang sekejap jer saya membakarnya dalam pemanggang tu lebih kurang 15 minit dah masak kek tu...


Tak comel lah sangat tapi sedap, nampak berlubang tu sebab ada gula yg tak cukup hancur tu yg berlubang-lubang... 


Saya hanya nak mencuba jer adalah dalam 10 cup kecil tu rasanya, sekali hadap oleh Nabil kek tu... dah lah dia penggemar kek coklat tu... nanti bila ada masa nak buat yg lebih baik lagi...

Ini kek yg saya kukus sebenarnya utk cikgu Aida nabil tu... tu gambar ulangan saya beri masa hari guru tempohari... yg semalam buat tak sempat nak ambil gambar hehehe...