Assalamualaikum kekawan...
Salam petang yg ceria :)
Petang ni nak kongsikan resepi Puding Koktail Swiss Roll Kek yg saya bawa masa open house adik ipar saya tu.. saya buat malam jumaat tu... open house hari sabtu.. jadi cari resepi yg mudah jer untuk buat malam hari kan :)
Malam tu juga sempat saya buat puding karamel untuk nya juga.. (resepinya disini puding-karamel-mudah-eemmm-yummy)
jadi ada dua puding lah yg saya bawa kerumahnya... tak kan datang nak bawa perut aje kan hehhe :)
Mudah sangat nak buatnya kekawan.. bahan semua ready made tak payah nak masak beriye sangat.. elok sangat kalau nak bawa ke majlis yg tak disangka-sangka ehe :)
Jom kita semak resepinya kekawan
RESEPI PUDING KOKTAIL SWISS ROLL KEK
Bahannya :-
- 1 kotak puding Nona (seperti gambar diatas)
- 1 kek pandan swiss roll
- 2 cawan buah-buah koktail
- 400 ml air (utk masak puding Nona tu)
Caranya :-
- Didihkan air 400ml, kemudian masukan serbuk puding Nona tersebut, kacau sehingga mesra.(saya tambah 3 s/b gula nak bagi manis sikit)
- Kemudian masuk buah-buahan koktail, kacau mesra dan tutup api, biarkan ianya suam.
- Sementara tu potong kek swiss roll pandan bulat-bulat, kemudian susun ditepi mangkuk bulat (seperti gambar diatas)
- Apabila penuh susunan itu, tuang puding yg telah dimasak kedalam mangkuk yg disusun kek swiss roll tu..(seperti gambar diatas) kemudian tutup semula permukaan mangkuk puding tu dengan kek swiss roll yg di potong bulat tu.
- Balutkan dengan plastik wrapping tu dipermukaan mangkuk, dan sejukan kedalam peti ais.



