Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..
Buat pasta goreng ni .. pagi Isnin yg lalu.. memenuhi permintaan kak Nabilah.. minggu ni dia tak dapat balik dan juga outing.. jadi kesian lah kat dia.. suruh telefon hari-hari.. padahal dah dekat 2 tahun duduk kat madrasah tu masih lagi homesick.. pastu bila telefon nak cakap dengan semua orang pulak.. mama bagi phone kat jeeha nak cakap dengan dia :)
Pastu passing pulak kat Nabil.. tapi Nabil ni kuat menyakat kakaknya.. suka cerita dia makan apa.. kekadang tak ada pun.. saja buat kakak dia sedih ajer.. pastu pas pulak kat Abah.. bila cakap dengan abah ni siap lah.. kena tazkirah sikit.. tapi dia suka ajer :D
Bahan-bahan malam tu dah siapkan.. jadi pagi terus ajer goreng.. yg menyediakan bahan tu sudah tentu kak Nabilah :)
Mama ni sibuk lah menggosok baju bagai.. bagi resepi kat dia.. pastu dia sediakan ajer.. pasta farfalle tu pun dah siap rebus.. simpan dalam freezer.. saya punya resepi simple jer kekawan.. ikut tekak sendiri.. siap letak sos spaghetti lagi hahhaha..
Jom lah intai resepi saya yang mudah ini kekawan :)
RESEPI PASTA GORENG SEDAP
Bahannya :-
- 300 grm pasta farfalle (ikut suka kekawan lah nak guna apa ye)
- 3 ulas bawang putih - cincang dadu
- 1 biji bawang besar - cincang dadu
- 2 sudu besar cili kering kisar
- 3 keping burger ayam ramly - hancurkan
- 5 sudu besar sos spagghetti Adabi..
- 2 batang karot merah - di sagat memanjang
- Garam secukup rasa
Caranya :-
1. Rebus pasta sehingga lembut, toskan dan ambil 1 cawan air rebusan. Ketepikan.
2. Tumiskan bawang dan cili kisar sehingga wangi, kemudian masukan daging ayam yg dicincang tadi kacau sehingga daging masak.
3. Kemudian masukan karot yg disagat tadi bersama air rebusan pasta. Masakan karot sehingga lembut dan letak garam secukup rasa.
4. Lepas tu masukan sos spagghetti kacau mesra, akhir sekali baru dimasukan pasta farflle yg direbus tadi. Kacau sehingga sebati bersama bahan tumis tadi.
5. Angkat siap utk dihidangkan.
Jadi pagi tu semua orang sarapan pasta goreng ni lah kan.. Nabilah siap bawa satu tupperware utk dibawa ke madrasah.. bila tengok kakak bawa bekal.. yang 2 orang tu pun sama nak tapau gak.. hehehe..
Semalam petang talefon kak nabilah lagi.. siap tanya saya.. mama rehat Jumaat pukul berapa ye.. nanti tengahari mama datang lah tengok kakak, pastu belikan kakak lauk Ikan pari masak asam pedas.. nampak sangat genetik Melaka + Muor tu kuat pada seleranya hahahha.. ye lah nanti mama hantarkan.. InsyaAllah.. pastu suruh hantar pukul 12.30 tghri.. eeehhh mama keluar pukul 12.15tghri lah kakak.. tunggu mama pukul 1.00pm lah ye..
Itulah anak-anak kan.. rindu pada keluarga kuat sangat :)


