Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..
Pada 5 Mac 2016 hari Sabtu kami sekeluarga ke Masjid At Taqwa TTDI Kuala Lumpur menghadiri pernikahan anak mak cik ( FIL punya isteri , anaknya, kira saudara en suami lah tu, betul ke saya terangkan ni hehehe)
Dengan sekali lafaz sahaja , selamat lah majlis ijabkabul meraka berdua.. semoga perkahwinan mereka kekal hingga ke jannah..
Mak cik bersama kedua pasangan pengantin baru.. inshaAllah majlis persandingannya akan menyusul pada cuti sekolah nanti.. (hehehe kes tak ingat tarikh lah ni ~__^)
Mengabadikan gambar bersama pasangan pengantin.. biasalah orang perempuan jer lah yg rajin bergambar.. kaum lelaki susah benar nak bergambarkan.. ;)
Sebelum balik tu mereka berdua ni nak juga bergambar dengan mak usu Atie.. Kak Nabilah yg banyak ambilkan gambar diatas, dia kata cantik mak usu Atie ni..




