JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Resepi Ikan Kembung Rebus Air Asam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi Ikan Kembung Rebus Air Asam. Papar semua catatan

Selasa, 19 Ogos 2014

IKAN KEMBUNG REBUS AIR ASAM...emmm dapnya :)

 Assalamualaikum kekawan...
Semoga berada dalam rahmat Ilahi dan sihat serta ceria :)


Puas sudah makan yg berlemak dan berminyak.. jadi tukar selera makan yg rebus pulak kan.. suka tekak ni bila yg masuk kedalam mulut, lain dari biasa dimakan kan.. Nak buat yg berebus ni pun bukan susah.. mudah sesangat lah kan :)



Petang semalam ini lah iftar saya dan en suami serta dinner utk anak2. Saya masakan juga Asam pedas ikan siakap, bayam goreng dan telur goreng dadar bawang merah..
Bila masak yg simple ni berselera jugak anak beranak makan.. 
En suami hari ni dah raya.. tinggal saya lagi nak menghabiskan lagi dua hari.. InsyaAllah ..
Semalam hero saya Nabil demam, en suami yg amik mereka dari sekolah semalam.. lepas tu terus bawa klinik.. doktor kata kalau hari rabu tak elok demam kena check darah.. sekarang ni shah alam sedang merebak demam denggi.. kawan ofis pun dah kena denggi, sekaran ada dihospital..
Semoga Nabil cepat sembuh.. pagi tadi hantar sekolah, badan masih dedar lagi.. dah pesan kalau tak larat, suruh cikgu telefon mama, boleh ambil Nabil dari sekolah tau..

Senang ajer nak buat kekawan ikan kembung rebus air asam ni kekawan.. 
Jom kita intai resepi yg mudah ini ^__^



RESEPI IKAN KEMBUNG REBUS AIR ASAM


Bahannya :-
  • 2 ekor ikan kembung (dibersihkan)
  • 1 mangkuk air rebusan ikan
  • 1 inci belacan
  • 1 sudu kecil asam jawa
  • 5 biji cili api dihiris nipis
  • 2 biji cili merah dipotong dadu
  • 1 biji tomato dipotong dadu
  • 1 biji bawang besar dipotong dadu
  • sedikit daun kesum
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 keping asam keping
  • 1 biji limau nipis
  • garam
Caranya :-
  1. Rebus ikan kembung bersama asam keping, serai dan daun kesum. Tambah garam sedikit. Tunggu sehingga masak. ketepikan.
  2. Bakar belacan sedikit, kemudian ambil semangkuk air rebusan tadi, masukan belacan dan asam jawa, lenyekan sampai hancur sehingga mesra, masukan bahan yg dihiris dan dipotong,perahkan limau nipis, gaul mesra.
  3. Kemudian tuangkan keatas ikan kembung tadi.
  4. Siap untuk dihidang.