Assalamualaikum kekawan... moga ceria & sihat selalu :)
Di safari advanture A famosa Melaka
Kita yg duduk didalam sangkar, beruang tu diluar menengok kita, mula-mula elok jer beruang tu lepak bawah pokok tu, bila trak safari yg bawa kami tu berhenti, beruang datang ke arah kami... menjerit-jerit budak-budak ni ketakutan hahaha
Ada harimau dalam kandang dan ada yg bebas diluar...
Singa ni dah kekenyangan kot elok jer lepak bawah pokok, yg singa betina tu duduk dihujung sana... bergaduh apa kata Najeeha hihihi
Dibahagian Unta dan Zirafah elok jer depa berkawan hehehe
Bagi yg nak beri harimau makan boleh tambah RM5 untuk masuk kedalam tu, tercengang Najeeha tengok harimau tu dekat-dekat, "besarnya mama, tengok tapak kakinya tu"
Lepak time selepas kekenyangan.... kalau lapar mahu dia terkam kita kan...
Ni dikawasan rusa, kuda, unta, zirafah... suka emak saya menengoknya...
Bila si rusa datang dekat mereka semua bersorak kesukaan..
Secara keseluruhan saya memang puas hati pergi ke Afamosa ni... semua tempat menghiburkan ... setiap masa penuh tiada yg terluang selama 2 hari 1 malam kami disana... rasanya nak buat famili day keluarga saya disini lah :)








